varicella-zoster virus (VZV) | virus varisela-zoster | AIDS | Tiada | Virus herpes yang menyebabkan cacar air dan kayap. Penyakit kayap sering berulang dan lebih teruk pada pesakit terimuno-kompromi. |
shingles | kayap | Perubatan | Tiada | Pengeruptan vesikul herpes, akut dan terinflamasi pada badan dan sepanjang saraf periferi. Sinonim: Herpes zoster. |
shingles | kayap | Perubatan | Tiada | Tiada |
shingles | kayap | AIDS | Tiada | Penyakit kulit bercirikan lecur dan sakit serta bertaburan sejajar pda sebelah tubuh. Penyakit ini disebabkan oleh virus varisela zoster yang timbul semula selepas penyakit cacar air dan sering berulang serta menjadi lebih teruk pada pesakit terimunokompr |
herpes zoster | kayap | Perubatan | Tiada | Penyakit yang disebabkan pengaktifan semula virus herpes manusia 3 pada ganglion sensori dan kawasan yang disarafinya. Penyakit ini bercirikan nyeri dan pembentukan kumpulan vesikel di kawasan yang terlibat. |
post-herpetic neuralgia | neuralgia pasca herpes | AIDS | Tiada | Gejala sakit selepas jangkitan virus varisela zoster atau kayap akibat radang saraf pada bahagian tertentu. |
Senna alata | Gelenggang | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan. |
Latex | Getah | Pertanian | Tiada | Cecair yang terhasil di bahagian tumbuhan seperti batang, daun atau buah. Cecair tersebut berwarna putih, kuning, merah atau lut sinar, kebanyakannya melekit. Cecair ini keluar pada permukaan atau kulit tumbuhan yang telah luka. Ciri getah yang dihasilkan oleh sesuatu jenis pokok digunakan dalam pengelasan tumbuhan. Contohnya getah manggis, getah mangga dan bintagor. Terdapat juga getah yang digunakan sebagai ubat contohnya getah keladi candik untuk mengubati kayap. |
latex | getah | Herba | Botani dan Bioteknologi | Cecair yang terhasil pada bahagian tumbuhan seperti batang, daun atau buah. Cecair tersebut berwarna putih, kuning, merah atau lut sinar dan kebanyakannya melekit. Cecair ini keluar daripada permukaan atau kulit tumbuhan yang telah luka. Ciri getah yang dihasilkan oleh sesuatu jenis pokok digunakan dalam pengelasan tumbuhan. Contohnya, getah manggis, getah mangga dan getah bintagor. Terdapat juga getah yang digunakan sebagai ubat seperti getah keladi candik untuk mengubati kayap. |
Senna alata | gelenggang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Fabaceae. Tumbuhan ini hidup liar di belukar dan tepi hutan. Daunnya besar jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 12 pasang anak daun yang tersusun kemas pada rakis. Anak daun berbentuk bujur panjang dan bulat di hujung. Bunganya tersusun padat melingkari jambak spika yang tegak dan bertangkai panjang. Kelopak bunga berwarna kuning cerah. Brakteanya besar dan berwarna jingga. Buahnya jenis lenggai, panjang dan bersayap empat. Air rebusan daun dibuat mandian herba untuk merawat penyakit kulit seperti gatal dan ekzema. Daunnya bersifat antiparasit dan antikulat serta berkesan untuk penyakit kulit seperti kudis, kayap dan kurap. Daunnya mengandungi terbitan antrasen dan aloe emodin yang bersifat purgatif. |