KB | KB | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kilobait |
KB (Kilobyte) | KB (Kilobait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Saiz ingatan yang bersamaan dengan 1024 bait. |
Kilobyte (Kb) | Kilobait (Kb) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit pengukuran bagi storan, ingatan dan maklumat komputer yang bersaiz 1,024 (210) bait. Lihat bait. |
kilobyte (KB) | kilobait (KB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
Brokaw correlation | korelasi Brokaw | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Hirschfelder yang diperbaik untuk meramalkan pekali resapan gas perduaan yang mengandungi molekul berkutub dengan menganggarkan kamiran perlanggaran sebagai WD = WDO + 0.196 dAB2/T*, T* = kB T/eAB, eAB = (eA/kB + eB/kB)1/2, eA = 1.18 (12 + 1.3 dA) TB, dAB = (dA dAB)1/2, dA = 1.94 x 103 mP/(VB TB), dengan WD = kamiran perlanggaran bahan berkutub, WDO = kamiran perlanggaran bahan tak berkutub, kB = pemalar Boltzmann, VB = isi padu molar larutan pada suhu didih, TB = suhu didih, T = suhu. |
intermolecular energy | tenaga antara molekul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga minimum atau kedalaman telaga tenaga fungsi keupayaan termodinamik atau tenaga tarikan antara molekul. Bagi sistem satu komponen (katakan A), ia dianggarkan sebagai eA/kB = 0.77Tc, eA/kB = 1.15Tc dengan eA = tenaga antara molekul, kB = pemalar Boltzmann, T = suhu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip B = keadaan didih. Bagi campuran perduaan (katakan A dan B), tenaga antara molekul dianggarkan sebagai eAB = (eA eB)1/2. |
Boltzmann equation | persamaan Boltzmann | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan bagi entropi yang diungkapkan sebagai S = kB 1n W, dengan S = entropi (J/mol C), kB = pemalar Boltzmann, W = kebarangkalian termodinamik. Persamaan Boltzmann digunakan serentak dengan statistik kuantum dan kebarangkalian termodinamik untuk menentukan entropi bagi gas unggul pelbagai spesies kimia dengan ketepatan yang agak memuaskan. |
statistical definition of entropy | takrifan statistik entropi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Entropi yang ditakrifkan dari sudut statistik sebagai suatu kuantiti intensif S = kB 1n W(N,E,V), dengan S = entropi (J/mol K), kB = pemalar Boltzmann, W = bilangan keadaan mikroskopik dengan V dan N, dan tenaga di antara E dan E � dE, E = tenaga, V = isi padu, N = bilangan zarah. |
collision integral | kamiran pelanggaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Parameter tak bermatra yang bergantung pada suhu dan keupayaan medan antara molekul yang dijelaskan sebagai W = kB T/e, dengan W = kamiran pelanggaran, e = tenaga antara kolekul, kB = pemalar Boltzmann, T = suhu. |
kilobase (kb) | kilobes | Bioteknologi | Tiada | Jujukan 1000 bes atau pasangan bes dalam DNA, asid nukleik lain atau oligonukleotida. Kilobes ialah unit yang digunakan untuk menjelaskan saiz genom sesuatu organisma atau membahagikan pecahan asid nukleik selepas pengekstrakan dan penguraian dengan menggunakan enzim pengehadan. |