weaving | jalinan; menenun; hayunan | Sukan | Tiada | 2. Hayunan: Perbuatan menghayunkan badan ke kiri dan ke kanan, dengan membengkokkan kedua-dua lutut untuk mengelakkan tumbukan lawan di samping mencari kesempatan melepaskan tumbukan. |
continuous drying | pengeringan berterusan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengeringan yang dijalankan secara berterusan. Pepejal atau cecair yang akan dikeringkan dimasukkan secara berterusan ke dalam pengering di samping hasil pepejal atau cecair yang telah dikeringkan juga dikeluarkan secara berterusan. |
continuous absorption | penyerapan berterusan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyerapan yang dijalankan secara berterusan. Suapan yang mengandungi bahan yang perlu diserap dan pelarut yang digunakan untuk menyerap dimasukkan ke dalam turus di samping hasil yang dikeluarkan secara berterusan. |
cat ladder | tangga samping | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tangga yang dibina tegak di sisi pelantar untuk memberikan laluan ke pelantar tersebut. |
mud | lumpur | Kejuruteraan | Petroleum | Cecair yang dikeluarkan ke dalam lubang telaga semasa operasi penggerudian berputar dan operasi pembaikan telaga dilaksanakan. Fungsiny adalah untuk mengangkat rincisan ke permukaan, menyejukan dan melincirkan bit serta batang gerudi. Di samping itu bahan ini sangat berguna untuk mencegah berlakunya semburan liar dengan menahan tekanan bawah permukaan. Mungkin terdiri daripada lebih daripada satu fasa, iaitu fasa cecair dan fasa pepejal. Fasa cecair mungkin terdiri daripada minyak diesel, air tawar atau minyak mentah. sering kali juga bahan tambah dimasukkan ke dalam lumpur untuk mendapatkan sifat-sifat yang dikehendaki. |
backward shuffle | seret undur | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim: back slep. |
back step | langkah belakang | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim : backward shuffle. |
quick retreat | undur cepat | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. |
burung (Du.) | burung (Du.) | Kesenian | Tiada | Bakul samping daripada buluh dan berbingkai daripada rotan, berbentuk silinder yang menirus ke atas dan bertapak segi empat tepat dan bermulut bulat. Anyamannya kasar di bahagian bawah dan rapat di bahagian atas,bertelinga dan digunakan untuk menyimpan hasil tangkapan seperti ikan. |
extruder | penyemperit | Kejuruteraan | Polimer | Mesin yang di samping meleburkan pelet plastik mampu mengepam leburan pada kadar aliran yang malar ke arah dai untuk penghasilan profil dan kepingan plastik. |