clerihew | syair ejekan | Kesusasteraan | Puisi | Syair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. |
vagile | vagil | Geologi | Tiada | Berhubung dengan tumbuhan atau haiwan yang bebas untuk bergerak ke sana-sini. |
service duct | salur khidmat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Salur yang digunakan untuk mengalirkan air atau arus elektrik ke kawasan pembangunan. Dari sini bekalan disambungkan ke rumah-rumah. |
electrostatic treater | perawat elektrostatik | Kejuruteraan | Petroleum | Bekas tempat emulsi dialirkan ke dalamnya dan di sini emulsi tersebut diubah semula ke dalam bentuk asalnya, iaitu air, minyak dan kadangkala gas. Pengubahan emulsi ini dilakukan dengan menggunakan haba, bahan kimia dan medan elektrik voltan tinggi. Medan elektrik ini dihasilkan oleh grid-grid yang ditempatkan secara tegak lurus atau serenjang terhadap aliran bendalir di dalam perawat. Tujuannya adalah untuk membantu pemecahan emulsi. Perawat elektrostatik dikenali juga dengan nama Chemelektrik |
settling pit | kolam pengenapan | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis kolam lumpur tempat lumpur penggerusian dialirkan ke dalamnya dan di sini terjadi pengenapan dari pepejal berat yang terdapat di dalam lumpur tersebut. Biasanya, alat pembantu (seperti penyahpasir) dipasang di kolam ini untuk mempercepatkan proses pengasingan. |
substation | pencawang | Teknik | Elektrik | Binaan peralatan dalam sistem kuasa elektrik yang meninggikan atau merendahkan voltan (tenaga elektrik) dari stesen penjana atau menukarkan voltan arus ulang-alik menjadi arus terus. Dari sini barulah bekalan dihantar ke sesuatu kawasan, bandar atau kilang. |
cased-hole gravel pack | pak kerdikil lubang bersalut | Kejuruteraan | Petroleum | Suatu kaedah pemasangan pak kerikil iaitu kerikil ditekan/dipamkan melalui lubang tebukan pada selongsong masuk ke dalam formasi pengeluaran. Berbeza dengan kaedah lubang terbuka, di sini lubang telaga bahagian yang berhadapan dengan formasi disaluti oleh selongsong atau pelapik. Kerikil ditahan daripada mengalir bersama minyak dengan cara memasang penapis di dalam telaga. |
electric spark | bunga api elektrik | Kimia | Kimia Analisis | Discas elektrik berkilau yang terbentuk di antara dua elektrod apabila beza keupayaannya tinggi misalnya, 10 000 – 30 000 volt dikenakan ke atas kedua-dua elektrod itu. Tenaga yang terhasil di sini lebih besar daripada yang terhasil oleh arka elektrik. Digunakan sebagai salah satu sumber pengujaan dalam spektrografi pancaran. bd. arka elektrik. |
bus bar | palang bas | Teknik | Elektrik | Pengalir yang berupa batang pejal yang mempunyai keupayaan voltan yang sama, dan digunakan sebagai pangkalan atau tempat sambung dalam sistem bekalan kuasa. Dari sini beberapa cabang litar akan disambungkan, termasuklah penjana dan penyuap. Contohnya, palang bas digunakan sebagai tempat sambungan bumi sepunya, atau tempat sambungan pengalir (neutral) ke penjana. |
headless line | baris tanpa awal | Kesusasteraan | Puisi | Ayat yang tidak mempunyai sebarang dasar. Contohnya, judul yang diberikan oleh penyair pada puisi yang dicipta seperti puisi "Perjalanan Dua Lima yang Kedua" karya Jaafa Hs. telah lama aku berdiri di sini bumi ini kurasakan panasnya bergerak dan menggigit pinta kebebasan meledak dan menjerit tapi tidak ke mana inilah amanatnya sebuah penghidupan sebuah hati berpalang ... |