legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
legitimacy of corporate | keabsahan kuasa syarikat | Ekonomi | Tiada | Tiada |
legitimacy crisis | krisis keabsahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
ideology | ideologi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet. |
legal personality | personaliti undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pengiktirafan terhadap sesuatu entiti bahawa ia mempunyai hak, keupayaan dan obligasi di sisi undang-undang. Personaliti undang-undang merupakan status yang perlu dimiliki oleh sesuatu entiti (individu atau syarikat) untuk menggunakan hak, melaksanakan obligasi dan bertindak mengikut undang-undang. Tanpa personaliti undang-undang, sesuatu entiti itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang dan menyebabkannya tidak mempunyai keabsahan untuk bertindak. Contohnya, secara umumnya, individu, syarikat atau pertubuhan berdaftar mempunyai personaliti undangundang untuk membuat sebarang perjanjian atau kontrak, dan menyaman atau membuat tuntutan di mahkamah nasional, manakala entiti yang tidak mempunyai personaliti tersebut tidak boleh berbuat demikian. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, hanya negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai personaliti undang-undang. |
international legal personality | personaliti undang-undang antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pengiktirafan terhadap sesuatu entiti bahawa ia mempunyai hak, keupayaan dan obligasi di sisi undang-undang antarabangsa. Personaliti undang-undang antarabangsa merupakan status yang perlu dimiliki oleh sesuatu entiti di sisi undang-undang antarabangsa untuk menggunakan hak, melaksanakan obligasi dan bertindak mengikut undang-undang tersebut. Tanpa personaliti undang-undang antarabangsa, sesuatu entiti tidak akan diiktiraf oleh undangundang dan menyebabkannya tidak mempunyai keabsahan untuk bertindak. Dalam hal ini, hanya negara dan pertubuhan antarabangsa mempunyai personaliti undang-undang antarabangsa, yang membolehkannya menyertai perjanjian antarabangsa dan membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa, manakala individu dan syarikat tidak mempunyai personaliti tersebut, menyebabkannya tidak boleh berbuat demikian. Sinonim keperibadian undangundang antarabangsa. |
private international law | undang-undang antarabangsa persendirian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu jenis undang-undang dalam undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa persendirian mengawal hubungan sesama individu atau syarikat merentasi beberapa bidang kuasa perundangan yang berbeza, iaitu melibatkan interaksi, transaksi, kontrak perniagaan atau perkahwinan antara dua atau lebih entiti yang mempunyai kewarganegaraan yang berlainan. Contohnya, undang-undang negara manakah yang akan digunakan untuk mengawal kesahihan sesuatu kontrak apabila kontrak dibuat di sesebuah negara tetapi dikuatkuasakan di luar negara. Dalam amalan yang lazim, negara-negara biasanya mengamalkan prinsip yang sama, iaitu penentuan dibuat berdasarkan tempat atau negara kontrak itu ditandatangani. Contoh lain, keabsahan perkahwinan antara seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat England di bumi Brazil membabitkan undang-undang ketiga-tiga negara berkenaan, iaitu: undang-undang Malaysia bagi menentukan keupayaan rakyat Malaysia itu berkahwin; undang-undang England bagi menentukan keupayaan rakya |