Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebahagiaan

Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu,
     lupa batu akan menarung.

Bermaksud :

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
happinesskebahagiaanKesenianTiadaTiada
EpicureanEpikurusKesusasteraanTiadaFalsafah khusus tentang kebahagiaan hidup.
anhedoniaanhedoniaPerubatanTiadaKeadaan tiadanya upaya untuk merasai kebahagiaan atau kenikmatan yang lazim.
altruisticaltruis; berbudi muliaSejarahTiadaPerilaku seseorang yang mengutamakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain daripada dirinya sendiri.
subjective wellbeingkesejahteraan subjektifGerontologiTiadaTanggapan yang subjektif terhadap kehidupan seperti kebahagiaan, kesenangan, keselamatan dan ketenteraman.
makyungmakyungKesenianDrama dan TeaterTeater tradisional yang mengisahkan pengembaraan anak raja menghadapi pelbagai rintangan yang berakhir dengan kebahagiaan. Persembahan makyung menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung popular di Kelantan. Persembahannya bermula dengan upacara ‘buka panggung’ yang diikuti dengan upacara ‘menghadap rebab’.
tarian singatarian singaMuzikTiada

Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada luo (gong), bo (simbal) dan shigu (dram besar).

sentimental dramadrama sentimentalKesusasteraanTiadaDrama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly.
aestheticsestetikaKesenianDrama dan TeaterPiawai keindahan dalam seni persembahan seperti teater yang mengukur keupayaan pengamatan khalayak terhadap sesebuah karya drama. Estetika mula digunakan pada pertengahan kurun ke-18 oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Alexander Gottlieb Baumgarten (1714 − 1762). Contohnya, teori Rasa dari India yang meletakkan emosi sebagai kriteria dalam penentuan kebahagiaan yang luar biasa.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
12

Kembali ke atas