Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ji.kan]/[ke.ba.ji/.kan] | کباجيقن

Definisi : sesuatu yg membawa kebaikan, perbuatan baik, kebaikan: berbuat ~ kpd orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ji.kan]/[ke.ba.ji/.kan] | کباجيقن

Definisi : perbuatan yg mendatangkan kebaikan; jasa: Orang yg berkemampuan dan suka membuat ~ dihormati oleh masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebajikan

Peribahasa

Kena-kena seperti santan bergula,
     tak kena-kena bagai antan pukul kepala.

Bermaksud :

Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social welfare functionfungsi kebajikan masyarakat/ fungsi kebajikan sosialEkonomiTiadaTiada
social welfarekebajikan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan.

social welfare planningperancangan kebajikan masyarakatSosiologiTiadaPerancangan yang mengutamakan aspek kebajikan masyarakat.
welfare economicsekonomi kebajikanEkonomiTiadaKajian ekonomi tentang pencapaian matlamat sosio-ekonomi berdasarkan ukuran etika. Penekanan selalunya diberi kepada faedah dan kos sosial di samping faedah dan kos persendirian. Penyelesaian optimum dicapai apabila kebajikan ialah agihan pendapatan seimbang, kebebasan memilih yang maksimum antara individu dan taraf hidup yang optimum bagi semua individu yang tertakluk pada sumber dan teknologi yang ada.
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
welfarekebajikan; kesejahteraanGeografiTiadaTiada
welfarekebajikan; kesejahteraanPentadbiranTiadaTiada
welfarekebajikan; kesejahteraanUndang-undangTiadaTiada
public benefitfaedah AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara.

sosial welfarekebajikan masyarakatGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas