spite effect of tax | kesan kebencian cukai | Ekonomi | Tiada | Tiada |
antiforeign | antiasing | Sejarah | Tiada | Sifat kebencian dan penentangan terhadap orang-orang asing. |
gynephobia | ginefobia | Perubatan | Tiada | Ketakutan atau kebencian terhadap masyarakat atau perkumpulan perempuan. |
enmity | permusuhan | Sejarah | Tiada | Sifat-sifat yang memperlihatkan kebencian, tidak mempunyai semangat setiakawan dan suka bermusuh dengan orang-orang atau pihak tertentu. |
intergroup conflict | konflik antara kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Konflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan. |
anti-Semitism | fahaman anti-Yahudi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme. |