claw defect | kecacatan kuku; kecacatan cakar | Veterinar | Tiada | Tiada |
acquired defect | kecacatan perolehan | Perubatan | Tiada | Kecacatan pada seseorang akibat kecederaan atau penyakit yang terjadi selepas dilahirkan. Contohnya, kecacatan akibat kemalangan jalan raya. |
bone swaging | penswagan tulang | Perubatan | Tiada | Prosedur yang sama seperti graf tulang, iaitu tulang alveolus di kawasan tanpa gigi tetapi berhampiran dengan kawasan kecacatan difrakturkan dan dipindahkan ke kawasan kecacatan untuk memulihkan kecacatan. |
anomaly | anomali | Perubatan | Tiada | Kelainan yang ketara daripada biasa, terutamanya yang berkaitan dengan kecacatan sejak lahir. Kecacatan ini mungkin bersifat keturunan, mungkin tidak. |
khiyar ‘aib | khiyar barang rosak | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada produk. Kecacatan hendaklah berlaku sebelum atau semasa akad dan pembeli tidak mengetahui kerosakan tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui terdapat kerosakan tetapi masih meneruskan pembelian, maka pembeli tidak mempunyai hak untuk menamatkan akad atau meminta diskaun. |
blemish | kecacatan | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan buah-buahan yang mempunyai tanda hitam atau warna lain yang mencacatkan kesempurnaan bentuk buah. Kecacatan berlaku apabila buah berkulit lembut seperti pisang dan mangga mengalami kerosakan tisu kulit semasa dipungut atau ketika diangkut. Kecacatan boleh juga disebabkan oleh jangkitan kulat, bakteria atau kerosakan oleh serangga yang menyebabkan tompok hitam pada kulit buah. |
neural tube defect | kecacatan tiub saraf | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kegagalan pembentukan tiub saraf yang berlaku semasa perkembangan awal embrio. Jenis kecacatan ini menyebabkan pelbagai penyakit sistem saraf seperti spina bifida dan anensefali. Kekurangan folat pada wanita mengandung akan meningkatkan risiko kecacatan fetus. |
commisural pits | liang komisural | Pergigian | Tiada | Kecacatan pada kawasan pertemuan antara bibir atas dengan bibir bawah mulut yang membentuk liang di kawasan ini. Kecacatan ini berlaku disebabkan gangguan semasa percantuman bibir atas dan bawah. Rawatan tidak perlu dilakukan kerana kecacatan ini adalah minor. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit ingin mencantikkan bibir tersebut, pembedahan plastik boleh dilakukan. |
العلة | kecacatan | Agama Islam | Hadith | Kecacatan yang boleh menggugat darjat Ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥasan. |
neurologic defect | kecacatan neurologi | Perubatan | Tiada | Kecacatan pada sistem saraf. |