markah kecantikan | markah kecantikan | Kesenian | Tiada | Markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi. |
cosmetic | kosmetik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat solek untuk mencantikkan, menambah kecantikan atau mengekalkan kecantikan rupa paras seseorang atau membersih, mewarna dan melindungi kulit, rambut, kuku, bibir, mata dan gigi seseorang. |
beauty influencer | pempengaruh kecantikan | Komunikasi Massa | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam bidang kecantikan menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. |
landscape beauty | keindahan landskap | Landskap | Tiada | Kecantikan semula jadi suatu landskap yang dapat menarik perhatian pemerhati. |
beautician | jurusolek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang memberi rawatan kecantikan untuk kulit dan rambut. |
aesthetic function | fungsi estetik | Landskap | Tiada | Fungsi yang berkaitan dengan kecantikan seperti memberi ketenangan dan daya tarikan sesuatu unsur dalam reka bentuk. |
esthetic | estetik | Perubatan | Tiada | 1. Berkaitan dengan kederiaan.,2. Berkaitan dengan kecantikan atau keindahan. |
decorative vegetable | sayur hias | Landskap | Tiada | Sayur yang mempunyai ciri-ciri kecantikan dari segi bentuk, saiz dan warna. Contohnya, kobis hiasan dan cili hiasan. Sinonim sayur dekoratif. |
aesthetic beauty | keindahan estetik | Kesusasteraan | Tiada | Cabang falsafah memperkatakan tentang keindahan dan kecantikan terutama dalam memenuhi cita rasa mengenainya. |
rhinoplasty | rinoplasti | Perubatan | Tiada | Pembentukan semula hidung untuk membaik pulih kecacatan atau tujuan kecantikan secara pembedahan. |