artificial intelligence | kecerdasan buatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov. |
intelligent Computer Assisted Instruction (intelligent CAI) | kecerdasan Pengajaran Berbantu Komputer (kecerdasan CAI) | Pendidikan | Tiada | Pengajaran berbantu komputer pintar dengan perisian logik berasaskan prinsip kecerdasan buatan. |
aptitude test | ujian kebolehan/ujian kecerdasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan pemeriksaan untuk mengesan dan mengenal pasti tahap keupayaan dan kebijaksanaan individu. Antara kandungan ujian yang biasa diberi tumpuan ialah menguji tahap kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), tahap kekuatan jiwa, kebolehan menangani konflik, kesihatan dan jati diri. Ujian kebolehan merupakan kaedah khas yang dilakukan dalam pengambilan kakitangan baru sesebuah organisasi. Ujian ini juga diamalkan sebagai langkah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan bagi meningkatkan tahap keyakinan. Walau bagaimanapun, tidak semua organisasi melaksanakan ujian kebolehan atau kecerdasan. |
deviation inteligent quotient | sisihan darjah kecerdasan | Psikologi | Psikologi Umum | Skor piawai yang digunakan untuk membezakan kecerdasan individu daripada yang lain. Ukuran ini membandingkan keupayaan intelek mengikut umur mental dengan umur kronologinya. Contohnya, ujian kecerdasan yang diukur menggunakan skala semakan Stanford-Binet. Sinonim deviasi IQ. |
artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan (AI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Subbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran. |
intelligent quotient | hasil bahagi kecerdasan | Perubatan | Tiada | (I.Q) Ukuran kecerdasan yang diperoleh dengan membahagikan nilai usia mental seseorang menurut skala Binet-Simon dengan umurnya, dan didarabkan nisbah tersebut dengan 100. |
I.Q test | ujian kecerdasan | Pendidikan | Tiada | Penggunaan ujian tara untuk mengukur kecerdasan individu. |
intelligence test | ujian kecerdasan | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian yang dilakukan bagi menentukan tahap kecerdasan individu dengan menggunakan alat pengukuran tertentu. Contohnya, alat ujian Stanford-Binet (SB 5) ialah salah satu alat ukuran kemampuan kognitif individu berdasarkan umur. Terdapat lima faktor yang diambil kira dalam pengukuran ini, iaitu taakulan bendalir, pengetahuan, taakulan kuantitatif, pemprosesan visual-ruang dan ingatan kerja. Setiap satu faktor diukur dengan menggunakan soalan-soalan lisan (perkataan dan nombor) dan bukan lisan (gambar dan objek). |
intelligence quotient (IQ) | darjah kecerdasan | Pendidikan | Tiada | Angka atau indeks yang menunjukkan tahap kecerdasan pelajar, diperoleh dengan cara mendarabkan markah sesuatu ujian dengan 100 dan dibahagikan dengan umurnya. |
intelligence test | ujian kecerdasan | Pendidikan | Tiada | Ujian yang mengandungi pelbagai jenis dan bentuk soalan untuk menentukan darjah kecerdasan dan kemampuan pelajar. |