Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cu.rian] | کچورين

Definisi : 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cu.rian] | کچورين

Definisi : 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecurian

Peribahasa

Kain sehelai sepinggang habis.

Bermaksud :

Mengalami kerugian atau kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: Kain sehelai peminggang habis).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theft policypolisi kecurianPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang melindungi harta daripada kecurian yang biasanya melibatkan masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan.
personal theft policypolisi kecurian persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan terhadap kecurian untuk harta di kediaman persendirian berdasarkan semua risiko. Perlindungan ini biasanya adalah sebahagian daripada kontrak insurans empunya rumah.
open-stock burglary insuransinsurans kecurian stok terbukaPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans jenayah yang melindungi kehilangan barang dagangan, perabot dan peralatan akibat kecurian, atau rompakan ketika urus niaga tidak dijalankan.
burglary takaful/theft takafultakaful kecurianEkonomiEkonomi IslamSkim yang memberi perlindungan takaful kepada peserta sekiranya harta benda peserta hilang atau rosak akibat kecurian atau pecah rumah. Skim ini diterima pakai untuk rumah kediaman dan juga premis komersial. Pampasan diberi bukan sahaja terhadap kehilangan tetapi kerosakan harta benda akibat tindakan ganas pencuri terhadap premis yang dilindungi. Premis yang dilindungi tidak termasuk halaman, taman, beranda dan bangunan luar atau apa-apa peralatan berkaitan.
mercantile open stock burglary coverageperlindungan kecurian stok terbuka merkantilPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans jenayah yang mengandungi kehilangan barang dagangan, perabot dan peralatan akibat kecurian, atau rompakan ketika urus niaga tidak dijalankan. Sinonim: open stock burglary insurance.
third party (fire and theft)pihak ketiga (kebakaran dan kecurian)Pentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans motor pihak ketiga yang bukan sahaja melindungi kerosakan harta, kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga tetapi juga kebakaran dan kecurian kereta empunya polisi.
theftkecurianPentadbiran PerniagaanTiadaPengambilan atau pengalihan sesuatu harta tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik sebenar. Ini termasuk rompakan dan larseni.
burglar alarmpenggera kecurianSosiologiTiadaTiada
theft policypolisi kecurianEkonomiTiadaTiada
safe burglary insuranceinsurans kecurian peti besiPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang disimpan dalam peti besi dengan cara lain selain menggunakan kunci.
1234

Kembali ke atas