Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, menge­rikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan menge­cut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contractkontrak; kecutKejuruteraanTiada1. Kontrak: Perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara dua pihak atau lebih, yang bersetuju untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu urus niaga.,2. Kecut: Menjadi lebih kecil saiznya akibat keadaan yang berlaku pada keadaan luaran.
shrinkkecutKomunikasiTiadaTiada
shrinkkecutPerubatanTiadaTiada
shrinkkecutKejuruteraanTiadaTiada
shrinkkecutKimiaTiadaTiada
shrinkkecutPertanianTiadaTiada
shrivelkecutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
downsizingkecut saizPentadbiranTiadaKaedah meningkatkan kecekapan organisasi dengan mengurangkan tenaga kerja di peringkat pertengahan organisasi.
contractkontrak; kecutFizikTiadaTiada
shrink-swellkecut-ampulGeografiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas