Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dah] | کده

Definisi : terbuka lebar (mulut), ternganga (mu­lut), terkangkang (kaki); mangkuk ~ mang­kuk yg bermulut lebar dan bertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dah] | کده

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedah

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancientpurbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSesuatu yang bersifat lama yang berkaitan dengan zaman silam, iaitu dari zaman prasejarah hingga ke zaman kejatuhan Empayar Rom pada 476SM.. Mengikut Akta Bendapurba 1976, purba bermaksud peninggalan yang berusia 100 tahun ke atas. Contohnya, Kota Kuala Kedah, Kedah. Sinonim kuno.
kelarai Cik Kedah ketapangkelarai Cik Kedah ketapangKesenianTiadaKelarai Cik Kedah berakar yang permulaan anyamannya dengan motif bunga.
kelarai Cik Kedah bersilakelarai Cik Kedah bersilaKesenianTiadaKelarai Cik Kedah yang berbentuk seakan-akan tikar sila lazimnya terletak di tengah-tengah.
archwaypintu gerbangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian yang memisahkan kawasan dalam dan luar sesebuah monumen atau kota. Pintu gerbang merupakan bahan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Contohnya, Masjid Kampung Hulu (Melaka), di bahagian atas pintu gerbangnya terdapat beduk manakala di Kota Kuala Kedah (Kedah) pintu gerbang utamanya disebut Kacapuri.
kelarai Cik Kedah berakarkelarai Cik Kedah berakarKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai permaidani di Terengganu. kelarai permaidani
magnetometermagnetometerArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat geofizik yang berfungsi untuk mengukur kekuatan magnetik bumi. Alat ini juga digunakan untuk mengesan objek besi dan lubang atau dinding di tapak arkeologi melalui perubahan intensiti magnetik. Contohnya, alat ini digunakan dalam kajian ke atas tapak arkeologi di Kota Kuala Kedah (Kedah).
architecture heritagewarisan seni binaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
kelarai permaidanikelarai permaidaniKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai Cik Kedah berakar.
method of auditingkedah pengauditanPentadbiranTiadaTiada
narrative hookpemikat naratifKesusasteraanTiadaKedah penulisan pada bahagian pengenalan atau permulaan sesebuah karya yang dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pengenalan cerita yang menarik akan memberi kesan yang baik kepada pembaca, menimbulkan tanda tanya atau suspens yang mampu menggerakkan minda atau emosi pembaca untuk terus mengikuti isi cerita. Antara bentuk pemikat naratif yang biasa ialah pengarang memulakan cerita dengan peristiwa yang mengejutkan, pembunuhan, kemalangan yang mengerikan atau melalui kenyataan yang paradoks dan luar biasa sifatnya. Lihat juga paradoks.
123456

Kembali ke atas