information explosion | ledakan maklumat | Teknologi Maklumat | Tiada | Kedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat. |
information explosion | ledakan maklumat | Teknologi Maklumat | Tiada | Kedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat. |
ground-water resources | sumber air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Keupayaan dan kedapatan air tanah di suatu kawasan untuk kegunaan (jumlah, mutu). Ruj.: Bryan 1923 |
watermark error | ralat tera air | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kesilapan yang berlaku semasa menentukan kedudukan tera air misalnya kedapatan lebihan jidar semasa tebukan dibuat. |
infiltration gallery | terowong susupan | Hidrogeologi | Tiada | Pembuluh mendatar untuk mencegat air tanah. Terowong sering dibina selari dengan sungai agar bekalan air selalu kedapatan. Terowong disesuaikan dengan keadaan muka air tinggi dan membolehkan surutan minimum (Todd). Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: terowongan susupan |
root system | sistem akar | Pertanian | Agronomi | Berkaitan pertumbuhan, pembentukan dan penyerakan akar sesuatu tanaman. Sistem akar bergantung kepada genotip tanaman, pH tanah, suhu tanah, kesuburan dan kepadatan tanah, kedapatan air, ciri-ciri mekanikal dan fizikal tanah. Terdapat dua sistem akar utama, iaitu akar serabut dan akar tunjang. Tumbuhan jenis monokot mempunyai akar serabut manakala tumbuhan dikot mempunyai sistem akar tunjang. |
hydrogeological map | peta hidrogeologi | Hidrogeologi | Tiada | Peta yang menggambarkan sifat hidrologi atau hubungan sifat ini dengan geologi, geomorfologi, atau geokimia sesuatu kawasan. Kerumitan perhubungan hidrologi di beberapa kawasan biasanya menyulitkan penggambaran semua sifat hidrologi dalam satu peta. Peta hidrogeologi dikelaskan ke dalam empat kumpulan: (1) sifat hidrologi umum dan kedapatan air; (2) hubungan sifat geologi dan hidrologi; (3) parameter hidrologi dan (4) sifat dan hubungan hidrologikimia. Ruj.: Da Costa 1960 |