critical path method | kaedah laluan genting | Kejuruteraan | Tiada | Teknik yang digunakan dalam merancang, menjadual dan mengawal projek-projek industri dengan pereka bentuk membuat suatu rangkaian yang mengambil kira saling hubungan antara kegiatan-kegiatan yang terlibat. |
primary commodity | barangan utama | Ekonomi | Tiada | Barangan yang dikeluarkan melalui kegiatan pertanian atau kegiatan ekstraktif seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, dan melombong. Misalnya, barang makanan, hasil pertanian, dan hasil perlombongan. Sinonim komoditi utama. |
cold war | perang dingin | Sejarah | Tiada | Konflik antara dua kumpulan atau negara dengan menggunakan kuasa politik, tekanan ekonomi, kegiatan pengintipan, propaganda, pemencilan kegiatan atau sabotaj tetapi tidak melibatkan kuasa tentera. |
perennial activity | kegiatan saka | Geografi | Tiada | Kegiatan yang dijalankan sepanjang tahun. |
literacy activity | kegiatan kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Kegiatan atau aktiviti mengenai kesusasteraan. |
promoted activity | kegiatan galakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kegiatan tertentu di bawah Akta Penggalakan Pelaburan. |
nonbasic activities | kegiatan bukan asas | Sosiologi | Tiada | Kegiatan menyediakan barangan keperluan penduduk yang tinggal dalam had sempadan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia tidak mengeksport apa-apa barangan akhir atau perkhidmatan tetapi pada asasnya skop pengeluaran dan kawasan pasarannya adalah bersifat tempatan. |
instructional event | kegiatan pengajaran | Pendidikan | Tiada | Peristiwa dan kegiatan dalam pengajaran yang menghasilkan pembelajaran yang berkesan. |
unreported activity | aktiviti tak terlapor | Ekonomi | Tiada | Kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara dan merupakan punca utama yang boleh merendahkan angka pendapatan negara. Aktiviti tak terlapor termasuk kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, atau penyeludupan, serta kegiatan sah dari segi undang-undang yang bertujuan untuk mengelak cukai seperti pekerjaan sendiri dalam projek tertentu. |
Islamic interbank cheque clearing system | sistem penjelasan cek antara bank secara Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank. |