cryptoempyema | kriptoempiema | Perubatan | Tiada | Empiema, yang kehadirannya sukar dikesan secara tebukan. |
chromophore | kromofor | Kimia | Tiada | Sebarang bahan yang kehadirannya dapat mencorakkan warna dalam sebatian. |
accessory mineral | mineral aksesori | Geologi | Tiada | Mineral yang kehadirannya di dalam batuan tidak penting untuk pengelasan wajar suatu batuan. Mineral ini biasanya terdapat dalam jumlah yang kecil. |
diagnostic mineral | mineral diagnosis | Geologi | Tiada | Mineral, seperti olivin atau kuarza, yang kehadirannya di dalam batuan igneus menunjukkan sama ada batuan tersebut bawah tepu atau lampau tepu. |
antihistamine | antihistamina | Kimia | Forensik | Bahan sintetik yang mempunyai struktur analog dengan histamina. Kehadirannya dalam kuantiti yang sedikit dapat menghalang atau melawan tindakan histamina yang berlebihan. Bahan ini digunakan untuk merawat demam alergi, hidung tersumbat serta gatal-gatal yang dikaitkan dengan alergi dan sebagai sedatif. Contohnya, klorfeniramina (dalam Klortrimeton), dimenhidrinat (nama dagang, Dramamine), difenhidramina hidroklorida (nama dagang, benadryl). Kesan sampingan kebanyakan antihi stamina ialah mengantuk, kelesllan, loya, sembelit, serta kekeringan kerongkong dan saluran pernafasan. Kebanyakan ubat bantu tidur mengandungi antihistamina. Dos maut bagi kebanyakan antihistamina adalah dalam julat 25 mgkg - 250 mg/kg. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
contamination | pencemaran | Kimia | Kimia Analisis | Kehadiran bahan asing yang tidak dikehendaki dalam suatu bahan tulen. Kehadirannya boleh menyebabkan perubahan sifat fizik dan kimia bahan tersebut. |
dominance | kedominanan | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila spesies yang paling kerap atau paling besar ditemui di sesuatu tempat, dan kehadirannya mempengaruhi kehadiran organisma lain. Misalnya, kehadiran meranti, Shorea spp. atau monyet, Macaca fascicularis di hutan pamah. |
placental lactogen | laktogen plasenta | Veterinar | Praklinikal | Sejenis hormon yang terdapat hanya pada lembu bunting. Hormon ini dirembeskan oleh plasenta. Kehadirannya mula dikesan dalam edaran darah lembu yang telah bunting selama 160 hari. Kepekatan hormon ini mencapai tahap maksimum (lebih kurang 1000 ng/mL) pada hari ke-200 kebuntingan sehingga anak dilahirkan. Peranan hormon ini tidak jelas tetapi dipercayai mempunyai fungsi seperti hormon prolaktin dan hormon pertumbuhan. |
heavy metal | logam berat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Logam yang tumpat dan sangat toksik seperti kadmium, plumbum dan merkuri. Kehadirannya dalam makanan pada tahap tertentu akan mengakibatkan keracunan. Logam berat dalam makanan berpunca daripada beberapa sumber seperti alat pemprosesan, pembungkusan, persekitaran dan sisa semburan bahan kimia. Antara gejala ketoksikan disebabkan logam berat ialah radang paru-paru, gangguan saraf, anemia dan cirit-birit. |