Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.ba.an] | ا کهيباءن

Definisi : ; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa keba­karan rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.ba.an] | ا کهيباءن

Definisi : = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehibaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
griefkehibaanPsikologiTiadaTiada
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaTiada
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaKemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca.
anticipatory grievingkehibaan antisipatoriGerontologiTiadaPerasaan sedih yang dirasai sebelum kehilangan sebenar sesuatu yang bernilai. Contohnya, kesedihan yang dialami apabila orang tersayang mengalami keadaan tenat dan akan menemui ajal.
chronic griefkehibaan kronikGerontologiTiadaKeadaan sedih berpanjangan yang dialami oleh seseorang, biasanya disebabkan oleh kematian seseorang yang disayangi.
delayed griefkehibaan lewatGerontologiTiadaRasa sedih dan pilu yang lewat ditunjukkan, terutama akibat kematian seseorang.
grief workkehibaanGerontologiTiadaPerihal perkabungan yang mendalam dalam jangka masa setahun atau lebih selepas berlakunya kematian.
inhibited griefkehibaan terpendamGerontologiTiadaPerasaan sedih yang disembunyikan oleh seseorang akibat kematian orang yang tersayang.
adaptationsaduranKesusasteraanPuisiPengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi.

Kembali ke atas