living floors | lantai kehidupan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lapisan pada lantai petak ekskavasi yang mengandungi data berhubung dengan kehidupan. Lantai ini biasanya melibatkan artifak yang ditemui bersama dengan bukti kehidupan kelompok masyarakat atau keluarga. Antara contoh data kehidupan ialah lubang tiang rumah, tiang rumah dan kem sementara. Di Malaysia, data ini ditemui di Kuala Selinsing (Perak). |
brand association | keberkaitan jenama | Komunikasi | Korporat | Keadaan mengaitkan sesuatu jenama dengan sesuatu nilai yang terdapat dalam kehidupan pengguna. Proses mengaitkan barangan dengan nilai kehidupan pengguna ini dirancang secara strategik oleh perancangan pengiklanan untuk menguasai pasaran. Matlamat perancangan adalah untuk memastikan khalayak menerima barangan yang dipasarkan sebagai satu keperluan kehidupan. Sehubungan itu, perancang pengiklanan perlu mengaitkan barangan dengan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti gaya hidup, kasih sayang, hubungan antara manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Contohnya, jenama A dikaitkan dengan keselesaan dan keunggulan. Jenama B dikaitkan dengan gaya hidup yang sihat, manakala jenama C dikaitkan dengan kehidupan yang aktif. Kesan daripada perancangan strategik ini boleh membantu pengguna untuk membuat perkaitan antara jenama dengan nilai kehidupan yang baik sehingga mewujudkan suatu ciri budaya yang positif. |
marine life | kehidupan laut | Geografi | Tiada | Kehidupan hayat yang terdapat dalam laut. |
living standard | standard kehidupan | Pentadbiran | Tiada | Sikap dan jangkaan seseorang tentang mutu kehidupan keluarga dan dirinya sendiri serta tahap kemakmuran ekonomi. |
right to life | hak kehidupan | Undang-undang | Tiada | Hak seseorang untuk hidup dan menjalani kehidupan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. |
instrumental activities of daily living | aktiviti instrumental kehidupan harian | Gerontologi | Tiada | Keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti kehidupan harian dan kefungsian yang lebih kompleks. Contohnya, mengurus kewangan, menyediakan makanan, membeli-belah dan melakukan kerja rumah, sama ada kerja berat atau kerja ringan. |
infrahistoria | infrahistoria | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos. |
developmental disabilities | perkembangan ketidakupayaan | Pendidikan | Tiada | Ketidakupayaan yang wujud di peringkat awal kehidupan seseorang dan berlanjutan dalam kehidupan seterusnya. Contohnya ketidakupayaan intelektual. |
psychography | psikografi | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon. |
absurdism | absurdisme | Kesenian | Drama dan Teater | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik disebabkan hilangnya keyakinan terhadap arah kehidupan. Aliran ini mula berkembang dalam teater di Barat pada awal tahun 1950-an yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Waiting for Godotkarya Samuel Beckett merupakan drama pertama di dunia yang menerapkan aliran ini. |