darkening (food) | lebam (makanan) | Sosiologi | Tiada | Warna biru kehitam-hitaman pada makanan atau buah-buahan kerana sudah lama atau kerosakan ketika penyimpanan. |
chocolate | coklat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Warna merah tua kehitam-hitaman. |
cherry (Prunus spp.) | ceri (Prunus spp.) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | daripada famili ros yang menghasilkan drup berwarna kuning pucat hingga merah tua atau kehitam-hitaman yang mengandungi biji yang licin dan juga termasuk beberapa varieti yang ditanam untuk buah atau bunga hiasan. |
whortleberry | bilberi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Beri biru yang boleh dimakan sama ada daripada genus Vaccinium myrtillus atau Vaccinium uliginosum, mempunyai bunga berwarna merah jambu dan biru atau kehitam-hitaman |
Justicia gendarussa | gandarusa hitam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renek ini mempunyai batang berwarna hijau kehitam-hitaman. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian selepas bersalin. Daunnya dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, sakit pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan. |
longtail tuna | aya hitam | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya. |
little tuna | tuna kecil | Perikanan | Tiada | Ikan tuna daripada famili Scombridae, iaitu kumpulan ikan pelagik neritik yang bersaiz kecil seperti aya selasih, aya kurik dan aya hitam. Tuna kecil mempunyai bentuk badan seperti torpedo, dua sirip belakang yang terpisah dan berwarna kehitam-hitaman atau kebiruan-biruan mengikut spesies. Ikan ini berhijrah mengikut musim dan terhad di kawasan pantai rantau benua. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut dan pukat jerut. Tuna kecil menggemari umpan tiruan berbentuk ikan atau sotong. Sinonim tongkol kecil. Lihat juga pelagik, neritik. |
Tamarindus indica | asam jawa | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Fabaceae yang dikenali juga sebagai celagi. Tumbuhan ini jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8 hingga 16 anak daun. Jambak bunganya jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitam-hitaman. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk merawat sembelit, luka, seriawan, demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia |