Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; buah hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(79)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
albaalbaKesusasteraanTiada1. Nyanyian perpisahan di antara dua kekasih.,2. Iringan muzik di waktu subuh.
intimate partner violencekeganasan pasangan intimKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi dan seksual.
intimate partner homicidebunuh pasangan intimKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang menyebabkan kematian mangsa.
hypocorismnama timanganKesusasteraanTiadaNama pujaan yang selalu ditemui dalam puisi lirik, misalnya "buah hati", "gunung payung" dan sebagainya, ditujukan kepada kekasih atau seumpamanya.
romanticromantikKesusasteraanPuisiPerihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
serenata/serenadeserenataMuzikTiada

1. Muzik vokal atau instrumental yang didendangkan kepada kekasih pada waktu malam.

Kembali ke atas