bacterial resistance | kekebalan bakteria | Perubatan | Tiada | Keupayaan bakteria untuk menghalang kesan antibiotik terhadap selnya melalui pelbagai mekanisme yang kompleks. Penghasilan kekebalan diaruhkan oleh penggunaan antibiotik yang banyak tanpa tatacara yang betul. Kekebalan ini menyebabkan rawatan jangkitan bakteria menjadi lebih sukar dan memerlukan penggunaan antibiotik yang baru dan mahal. Kekebalan bakteria boleh dihalang dengan menggunakan antibiotik secara bijak. Sinonim resistan bakteria. |
immunities | kekebalan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Contohnya, negara berdaulat, pegawai diplomatik dan pertubuhan antarabangsa adalah pihak-pihak yang memiliki kekebalan, iaitu tidak boleh didakwa atau dituntut daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. |
diplomatic immunity | kekebalan diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang diberikan kepada diplomat asing untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Hak ini termasuklah mendapat jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau didakwa di bawah undang-undang negara tuan rumah. Perkara ini terkandung dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961, dan telah dipersetujui sebagai undangundang adat antarabangsa. Kekebalan diplomatik penting bagi memastikan kelangsungan hubungan antara kerajaan sesebuah negara dengan negara yang lain. |
immunity of organisation | kekebalan pertubuhan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang diberikan kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kebal daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. Malah, agensi pertubuhan antarabangsa itu juga tidak boleh didakwa atau dituntut di dalam mahkamah nasional. Contoh penggunaan kekebalan ini terdapat dalam kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights. |
fiscal immunity | kekebalan fiskal | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
diplomatic immunity | kekebalan diplomatik | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
diplomatic immunity | kekebalan diplomatik | Sains Politik | Tiada | Tiada |
judicial immunity | kekebalan kehakiman | Undang-undang | Tiada | Tiada |
immunity | keimunan; kekebalan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
diplomatic immunity | kekebalan diplomatik | Undang-undang | Tiada | Tiada |