Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ki.si] | ککيسي

Definisi : 1. jeruji, terali, kisi-kisi; 2. (Kim) susun­an atom, ion, atau molekul dlm tiga dimensi yg tetap, spt yg terdapat dlm hablur; ~ hablur kekisi yg membentuk struktur hablur akibat susunan atom, ion, atau molekul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ki.si] | ککيسي

Definisi : kayu, besi dsb yg dipasangkan tegak pd tingkap, tepi tangga dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ki.si] | ککيسي

Definisi : kisi-kisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lattice spacingruangan kekisi; sanding kekisiKejuruteraanTiada1. Ruang kekisi: Ruang di antara dua unsur atau kumpulan unsur bahan api yang dipenuhi oleh penyederhana.,2. Sanding kekisi: Panjang sanding sel unit dalam hablur.
telinga kekisitelinga kekisiKesenianTiadaLubang yang dibentuk daripada jalinan buluh, rotan atau dawai untuk menempatkan kekisi pada bahagian atas tiang kekisi.
kekisikekisiKesenianTiadaBahagian rahat yang berupa kayu atau nibung antara 12-18 cm, garis pusat 0.5 cm dan meruncing pada salah satu hujung, berlekuk di tengahnya untuk laluan tali kelindan.
lekuk kekisilekuk kekisiKesenianTiadaBahagian tengah kekisi yang lekuk untuk laluan tali kelindan.
mata kekisimata kekisiKesenianTiadaBahagian runcing kekisi untuk menempatkan peleting.
lattice spacingruangan kekisi; jarak kekisiKimiaTiadaTiada
tiang kekisitiang kekisiKesenianTiadaTiang yang didirikan pada kaki tapak rahat.
decorated lattice modelmodel kekisi terhiasKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel yang lebih kompleks daripada model gas kekisi yang mengambil kira sifat turun naik ketumpatan dengan menetapkan sifat kekisi dan bilangan zarah di dalam sel kekisi.
lattice energytenaga kekisiKimiaTiadaPerubahan tenaga apabila ion-ion gas bergabung membentuk 1 mol hablur. Misalnya, tenaga kekisi bagi kalium bromida ialah ‒679 kJ/mol. Nilai tenaga kekisi berbeza bagi setiap hablur kerana terdapatnya daya elektrostatik yang berbeza di dalam setiap kekisi.
lattice mismatchtiada kesepadanan kekisiFizikNanoteknologiKeadaan yang menggambarkan tidak wujud kesepadanan satah kekisi antara dua permukaan bahan seperti filem tipis dan substrat. Contohnya, tiada kesepadanan kekisi berlaku, apabila filem tipis indium galium nitrida (InGaN) dimendapkan di atas substrat nilam (Al2O3) dalam proses pembuatan diod pemancar cahaya, (LED). Tiada kesepadanan kekisi menyebabkan kecekapan peranti LED rendah.
12345678910...

Kembali ke atas