public key cryptography | kriptografi kekunci awam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan sepasang kekunci yang dimiliki setiap pengguna, iaitu kekunci awam dan kekunci rahsia. Kekunci awam disebar dengan bebas, manakala kekunci rahsia hanya boleh dicapai oleh pemiliknya. Penghantar mesej perlu memiliki kekunci awam penerima mesej dan menggunakannya bagi menyulitkan mesej untuk berkomunikasi menggunakan kaedah penyulitan ini. Mesej yang tersulit menggunakan kekunci awam berkenaan hanya boleh dinyahsulitkan dengan kekunci rahsia penerima mesej. |
asymmetric encryption | penyulitan tak simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan dua kekunci yang berbeza, iaitu kekunci awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej, manakala kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam. |
encryption parameter | pasangan kekunci penyulitan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dua kekunci yang digunakan dalam penyulitan tak simetri yang salah satu kekuncinya menyulitkan dan yang satu lagi menyahsulitkan. Dua kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian. |
public cryptography key system | sistem kekunci kriptografi awam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem penyulitan data yang mempunyai komponen algoritma penyulitan yang disebarkan kepada umum dan menggunakan sepasang kekunci untuk melengkapkan kriptosistem ini. Satu daripada pasangan kekunci ini, iaitu kekunci awam digunakan hanya untuk proses penyulitan dan disebarkan dengan bebas. Manakala satu lagi kekunci, iaitu kekunci rahsia digunakan khusus untuk penyahsulitan dan tidak disebarkan. Pasangan kekunci ini dipilih khusus supaya penyongsangan hasil penyulitan oleh satu kekunci hanya boleh dilakukan oleh pasangannya sahaja. |
keyboard | papan kekunci | Kejuruteraan | Tiada | 1. Papan kekunci: Set kekunci atau tuil kawalan yang mempunyai susunan bersistem dan digunakan untuk mengendalikan mesin atau kelengkapan-kelengkapan lain seperti mesin taip, penaip set, unit pemproses atau komputer.,2. Tatasusunan suis butang tekan yang mempunyai peranan-peranan yang berkaitan. |
secret-key cryptosystem | kriptosistem kekunci rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bentuk algoritma penyulitan yang bergantung kepada kekunci tunggal (kekunci rahsia) yang sama sebagai komponen pengabur dalam penyulitan dan penyahsulitan. |
public key encryption | penyulitan kekunci awam | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi penyulitan yang menggunakan dua kekunci asimetri, satu kekunci awam untuk penyulitan mesej, dan satu lagi kekunci persendirian untuk menyah |
symmetric encryption | penyulitan simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan satu kekunci, iaitu kekunci rahsia yang digunakan untuk penyulitan dan penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci rahsia. |
function key | kekunci fungsi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kekunci khas pada papan kekunci untuk memberi arahan kepada komputer. |
QWERTY keyboard | papan kekunci QWERTY | Teknologi Maklumat | Tiada | Susunan atur cara papan kekunci yang dinamakan berdasarkan enam kekunci abjad pada sebelah kiri baris atas papan kekunci QWERTY. |