deficiency disease | penyakit kurang zat | Biologi | Fisiologi | Keadaan patologi pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, disebabkan kekurangan beberapa bahan nutrien yang penting contohnya penyakit reput perdu disebabkan kekurangan boron, atau pada mamalia disebabkan kekurangan vitamin, seperti kekurangan vitamin A menyebabkan pertumbuhan yang tidak sempurna, kekurangan vitamin B1 menyebabkan penyakit beri-beri dan sebagainya. |
nutrient deficiency | kekurangan nutrien | Pertanian | Agroteknologi | Keadaan ketidakcukupan salah satu daripada nutrien perlu oleh tumbuhan atau ternakan. Kekurangan ini boleh dikesan daripada simptom seperti perubahan warna dan saiz daun. Contohnya, kekurangan nitrogen menyebabkan pembentukan klorofil terjejas dan mengakibatkan daun menjadi kekuningan. Kekurangan fosforus pula menyebabkan daun berubah menjadi warna ungu dan saiz daun menjadi kecil. Kekurangan nutrien ini boleh diatasi dengan pembekalan baja yang mengandungi nutrien yang diperlukan. |
nutrient deficiency | kekurangan nutrien | Veterinar | Tiada | Kandungan sesuatu nutrien dalam rumusan makanan yang tidak mencukupi untuk keperluan asas atau keperluan pertumbuhan dan pengeluaran. Kekurangan nutrien dalam makanan boleh berlaku kerana kesilapan semasa pengiraan atau pencampuran bahan yang tidak sempurna. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kelebihan sesuatu nutrien yang menghalang atau bergabung dengan bahan lain sehingga mengurangkan penyerapan nutrien tersebut. Tanda-tanda kekurangan sesuatu nutrien akan jelas kelihatan pada ternakan apabila keadaan ini berlaku berpanjangan, misalnya pertumbuhan atau pengeluaran susu yang terjejas disebabkan kekurangan tenaga dan protein. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan penyakit rabun malam, manakala kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi. Kekurangan mineral seperti zink dan kuprum pula boleh menjejaskan sistem pembiakan ternakan. |
brain ischaemia | iskemia otak | Perubatan | Tiada | Kekurangan oksigen dalam otak disebabkan kekurangan bekalan atau terlebih keperluan oksigen. Kekurangan bekalan oksigen boleh disebabkan kenaikan tekanan intrakranium, hipotensi, embolisme otak dan trombosis saluran darah otak. Manakala terlebih keperluan oksigen dalam otak pula boleh disebabkan epilepsi dan hipertermia. |
protein deficiency | kekurangan protein | Veterinar | Tiada | Keadaan yang merencatkan pertumbuhan dan daya pengeluaran ternakan yang disebabkan oleh kekurangan protein. Keadaan ini ada perkaitan dengan kekurangan tenaga. Hal ini berlaku apabila perolehan protein lebih rendah daripada pengeluaran nitrogen endogen. Akibatnya, ternakan akan bertambah kurus kerana tisu-tisu diuraikan untuk menghasilkan asid-asid amino yang diperlukan dalam metabolisme. |
underweight | kekurangan berat badan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan apabila berat badan tidak bersesuaian dengan ketinggian. Kekurangan berat badan ditentukan berdasarkan nilai indeks jisim tubuh yang kurang daripada 18.5 kg/m2. Kekurangan berat badan lazimnya disebabkan oleh penggunaan tenaga melebihi pengambilan tenaga dan berpunca daripada penyakit tertentu seperti tiroid, AIDS dan kanser. |
anaemia | anemia | Biologi | Mikrobiologi | Gejala yang berlaku kerana kekurangan sel darah merah dalam darah, atau kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. dengan itu, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah. |
anaemia | anemia | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan yang berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah dalam darah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. Akibatnya, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah. |
hypochromatism | hipokromatisme | Perubatan | Tiada | Kekurangan pempigmenan secara abnormal, terutama kekurangan kromatin di dalam nukleus sel. |
immune deficiency | kekurangan imun | Perubatan | Tiada | Kekurangan atau ketidakberkesanan gerak balas terhadap rangsangan antigen. Pembentukan antibodi atau sel keimunan mungkin berkurangan. |