photoconductivity | kefotokonduksian | Kejuruteraan | Tiada | Ciri bahan yang dimanifestasikan oleh kelakuannya mengubah kekonduksian elektriknya di bawah pengaruh cahaya. |
self management | swaurus | Pentadbiran | Tiada | Teknik pembelajaran yang membenarkan individu mengurus kelakuannya sendiri supaya dapat mengurangkan kawalan pengurusan luaran yang diperlukan. |
self monitoring | swaawas | Pentadbiran | Tiada | Ciri personaliti yang mengukur kebolehan individu menyesuaikan kelakuannya dengan faktor luaran dan keadaan. |
distemper | distemper | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit akut dan menular yang disebabkan oleh virus, terutamanya pada anjing yang menyebabkan kelakuannya tak normal. Gejala penyakit ini ialah demam panas, radang salur pernafasan, dan tisu saraf bermielin. |
physisorption type IV | penjerapan fizikal jenis IV | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal yang berlaku di dalam bahan berongga dan kelakuannya menyerupai penjerapan fizikal jenis II pada tekanan relatif yang rendah tetapi penjerapan meningkat dengan ketaranya pada nilai tekanan relatif yang tinggi disebabkan oleh pemeluwapan rerambut. Penjerapan ini menunjukkan sifat histerisis apabila tekanan relatif diturunkan. Penjerapan jenis ini kerap didapati dalam sistem mangkin industri. Sifat pemeluwapan rerambut daripada isoterma ini digunakan untuk menentukan agihan saiz rongga. |