Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengelas Kd memilih (buah dll) dgn teliti, membelek-belek utk memilih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
class IV cavitykaviti kelas IVPergigianTiadaSejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas IV ialah kaviti yang melibatkan pinggir insisal gigi anterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesio-insisal atau disto-insisal gigi insisor atau kanin. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan komposit. Lihat gambar.
Mallampati classificationklasifikasi MallampatiPerubatanTiadaKaedah mengklasifikasikan darjah kesukaran intubasi berdasarkan struktur farink. Klasifikasi ini terbahagi kepada empat kelas. Kelas I menunjukkan pesakit mudah diintubasi manakala Kelas IV menunjukkan sukar diintubasi.
Motor Mechanic 4th Class (Petty-Officer)Jurusawat Motor Kelas IV (Pegawai Kecil)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pinslipperpinsliperPerubatanTiadaPin di bahagian palatas inlay kelas IV untuk menambah pegangan.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ā€˜E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
containerbekasTeknologi MaklumatPerisianKelas, struktur data atau jenis data abstrak yang merupakan koleksi beberapa objek. Bekas ini digunakan untuk menyimpan objek dalam bentuk yang tersusun dengan menggunakan peraturan capaian yang tertentu. Umumnya, kelas bekas ini boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah seperti yang berikut: i. Mewujudkan bekas kosong yang baharu. ii. Melaporkan bilangan objek yang disimpan. iii.Memadamkan kesemua objek di dalam bekas. iv.Menyelitkan objek yang baharu ke dalam bekas. v. Membuang objek daripada bekas. vi. Menyediakan capaian kepada objek yang tersimpan.

Kembali ke atas