cataplexy | katapleksi | Perubatan | Tiada | Keadaan yang dicirikan dengan kelemahan otot dan hipotonia (kelemahan tonus) secara tiba-tiba, yang biasanya dicetuskan oleh rangsangan emosi, seperti kemarahan, ketakutan dan keterperanjatan. Keadaan ini juga kerap kali mengiringi narkolepsi. |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�. |
tragic flaw | kelemahan tragik | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan atau kelemahan besar yang menjadikan nasib seseorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya. |
hamartia (Yunani) | kelemahan; tragis rendah | Kesusasteraan | Tiada | Cacat tragedi: Kesilapan atau kelemahan besar menjadikan nasib seorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya. |
worm | cecacing | Teknologi Maklumat | Perisian | Kod hasad yang menjangkiti komputer menerusi kelemahan aplikasi pelayan atau sistem pengendalian. Cecacing berbeza dengan virus kerana kebolehannya menggunakan rangkaian untuk mengeksploitasi kelemahan, seterusnya menjalankan muat beban hasadnya secara automatik. Selain merosakkan sistem komputer, serangan cecacing boleh mengakibatkan rangkaian komputer menjadi sesak dan tidak boleh digunakan oleh pengguna. Contoh cecacing yang mengeksploitasi kelemahan sistem pengendalian dan aplikasi Windows ialah Blaster, Code Red dan Slammer. |
anomaly | anomali | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan, penyimpangan peraturan atau ketidakwajaran yang melemahkan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Kelemahan ini wujud akibat perancangan yang tidak sistematik daripada penggubal peraturan yang berkenaan. Contohnya, ketidakselarasan gaji antara kakitangan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap majikan, atau ketidakselesaan kakitangan akibat penguatkuasaan terma perkhidmatan pegawai awam kesan pelaksanaan sistem saraan yang baru. |
osteitis deformans | osteitis deformans | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit kronik yang mengakibatkan kelemahan dan kecacatan bentuk tulang. Kelemahan dan kecacatan ini berlaku akibat resorpi zat tulang, yang seterusnya mencetuskan mekanisme baik pulih yang tidak normal, sehingga menambahkan jisim tulang. Keadaan ini melibatkan tulang panjang dan leper, dan boleh mengakibatkan kesakitan serta fraktur patologi. Sin: penyakit Paget |
vertebrobasilar insufficiency | kelemahan vertebro-basilar | Perubatan | Tiada | Iskemia batang otak dan serebelum yang bersifat sementara, di sebabkan berlakunya stenosis arteri vertebra atau basilar. Keadaan ini mengakibatkan vertigo, diplopia, nistagmus, kelemahan otot dan disartria. |
benign congenital hypotonia | hipotonia kongenital benigna | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandakan dengan kelemahan yang ketara di dalam bayi akibat kelemahan otot rangka sejak dari lahir. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |