mata keli | mata keli | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi pokok dan kayu Gynotroches axillaris daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buluh-buluh dan membuluh. Gubal kayu mata keli sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. |
channel catfish virus (CCV) | virus ikan keli terusan (CCV) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot. |
noodle rod | joran bergelombang | Perikanan | Tiada | Joran panjang yang direka untuk melindungi tali pancing yang ringan dan digunakan oleh pemancing yang ingin memancing ikan keli Amerika atau ikan salmon yang besar. Ciri utama joran ini ialah ia boleh melentur dengan kuat. |
omnivore | omnivor | Perikanan | Tiada | Haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan untuk hidup. Ikan jenis ini mempunyai usus yang sederhana panjang. Contohnya, ikan kap, tilapia dan keli. |
freshwater fish | ikan air tawar | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di persekitaran air yang mempunyai saliniti 0 ppt. Contoh ikan air tawar ialah ikan kelah, ikan patin dan ikan keli. |
coarse fish/rough fish | ikan kasap | Perikanan | Tiada | Ikan air tawar yang bukan daripada kumpulan ikan rekreasi. Ikan ini kurang diminati oleh pemancing kerana sifatnya yang kurang melawan dan boleh mengancam atau mengurangkan populasi spesies ikan rekreasi, selain isinya yang kurang enak. Contohnya, ikan keli, baung, lampam, tilapia dan kaloi. |
backwater | air buri | Perikanan | Tiada | Kawasan air yang kurang mengalir dan terpencil dari bahagian sungai utama. Kawasan ini bersifat eutrofik (mengandungi lebih banyak zat makanan terlarut yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan akuatik seperti alga) dan hanya didiami oleh ikan tertentu yang tahan pada tahap oksigen terlarut yang rendah. Kawasan ini juga sering menjadi tumpuan pemancing kerana mempunyai banyak ikan. Antara ikan yang hidup di kawasan ini ialah haruan, sepat, puyu dan keli. |
motile aeromonas septicemia (MAS) | septisemia aeromonas motil (MAS) | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria, Aeromonas hydrophila yang kebiasaannya menyerang ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik berdarah pada badan. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan kadar kematian ikan yang tinggi. Contoh ikan yang boleh dijangkiti penyakit ini ialah ikan kap, sepat dan keli. |
jumper | jumper (FESYEN; pelompat (KEJ | Kejuruteraan | Tiada | 5. Pelompat: Bar keluli yang berat yang dengan hujung pahat, digunakan untuk menjara lubang pada batuan atau tanah lembut dengan mengangkatnya, memiuhnya dan menjatuhkannya secara berulang-ulang pada titik yang sama. Ia juga digunakan untuk membuat lubang mengufuk dengan memukulnya dengan tukul.,6. Dawai pendek yang digunakan untuk menyempurnakan litar secara sementara atau untuk memirau suatu litar.,7. Sambungan elektrik terus, yang bukan merupakan sebahagian daripada corak beraliran, di antara dua titik pada litar tercetak.,8. Tukul tukang, berbentuk silinder dan padu, tergantung pada rantai dan dihayun untuk memukul hujung rod mengufuk.,9. Bunga api atau keli dari besi lebur dalam centong. |