false rib | tulang rusuk sampingan | Perubatan | Tiada | Kelima-lima pasangan tulang rusuk yang bawah, yang dinamai demikian kerana tidak berhubung secara langsung dengan sternum. |
mit | mit | Kesenian | Tiada | Sarung tangan paras pertengahan hasta yang mendedahkan kelima-lima jari, diperbuat daripada kain nipis dan jarang, dipakai bersama-sama pakaian pengantin. |
quintipara | kuintipara | Kejururawatan | Tiada | Wanita yang hamil lebih 20 minggu untuk kelima-lima kehamilan. |
mitt | mit | Kesenian | Tiada | Mit: Sarung tangan paras pertengahan hasta yang mendedahkan kelima-lima jari, diperbuat daripada kain nipis dan jarang, dipakai bersama-sama pakaian pengantin. |
five (5) yard distance signal | ela) | Sukan | Tiada | Tanda isyarat oleh pengadil dengan menunjukkan kelima-lima jari ke udara sebagai tanda pemain berada dalam lingkungan lima 5. ela dari bola. |
standard mean ocean water (smow) | piawai min air lautan | Hidrologi | Tiada | Standard rujukan yang dengannya kepekatan deuterium dan oksigen-18 dalam air biasanya dibandingkan dan diperoleh sebagai suatu sampel air gubahan dari kelima-lima lautan. |
abhaya-mudra | abhaya-mudra | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kajian ikonografi terhadap kedudukan tangan arca bermula dari bahagian tangan hingga telapak tangan termasuk susunan jari. Tangan dibengkokkan ke atas sementara telapak tangan diarahkan ke hadapan dengan kelima-lima jari berkeadaan rapat. Analoginya seperti sedang mengangkat sumpah. Proses ini kerap menggunakan tangan kanan berbanding tangan kiri yang bermaksud tidak berasa takut atau gementar untuk mendapatkan kebenaran. Mudra berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tangan. |
dramatic structure | struktur dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Struktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini. |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
tanka | tanka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme. |