cult | kultus | Sejarah | Tiada | 1. Kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual yang berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya.,2. Upacara, amalan dan peraturan keagamaan sesuatu agama atau kepercayaan. |
homogenous group | kumpulan homogen | Pendidikan | Tiada | Kelompok manusia yang mempunyai ciri yang serupa seperti kecerdasan, pencapaian dan motivasi. |
class | kelas | Sejarah | Tiada | 2. Kedudukan sosial kelompok manusia dalam masyarakat berdasarkan status, ekonomi, politik atau minat. |
quinque-partite | terbagi lima | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang terbahagi kepada lima bahagian biasanya perkumpulan, kelompok manusia atau sistem pertadbiran. |
nomothetic approach | pendekatan nomotetik | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang digunakan oleh ahli psikologi untuk membuat generalisasi terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Berdasarkan pendekatan ini, ahli psikologi mencari satu hukum umum untuk menjelaskan pelbagai aspek daripada personaliti setelah menjalankan beberapa kajian dengan menggunakan beberapa kelompok manusia. Contohnya, mereka yang menyatakan bahawa orang yang mempunyai trait personaliti ekstraversi lebih mudah mendapat kawan daripada mereka yang tidak mempunyai personaliti tersebut. |
novel of manner | novel resaman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengutamakan pengisahan kepada adat resam, tatasusila, peraturan dan kebiasaan satu-satu kelompok kelas manusia pada satu tempat, masa tertentu. |
vertebrate | vertebrat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kelompok haiwan yang mempunyai tulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Kelompok haiwan jenis ini dimakan oleh manusia zaman prasejarah. Terdapat bahagian haiwan yang dijadikan sebagai perhiasan seperti tulang ikan sebagai azimat dan manik, manakala gigi binatang sebagai kalung. Jumpaan tulang vertebrat dapat menentukan keadaan persekitaran semula jadi pada sesuatu waktu. |
clustered system | sistem kelompok | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sistem yang menggabungkan tugas, alat kelengkapan dan tenaga manusia yang berkaitan dalam sesebuah jabatan. |
megamergers | penggabungan mega | Komunikasi | Korporat | Proses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi. |
cultural diversity | kepelbagaian budaya | Pengurusan | Perancangan | Ciri-ciri perbezaan atau kelainan yang wujud pada individu atau kumpulan manusia dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Kepelbagaian budaya terbentuk pada tingkah laku, gelagat, nilai dan norma dalam kalangan kelompok individu dalam organisasi atau masyarakat. Ciri-ciri kepelbagaian adalah dari segi etnik/bangsa, budaya, agama, umur, jantina, keupayaan fizikal, bahasa, taraf sosioekonomi dan taraf pendidikan. |