Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ngi] | کماڠي

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan daun­nya), ruku-ruku, selasih hitam (jantan, putih), Ocimum basilicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ngi] | کماڠي

Definisi : nama sj pokok renek, Ocimum basilicum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemangi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cinnamomum inersmedang tejaHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai medang kemangi dan kayu manis hutan. Medang teja tumbuh di hutan primer dan sekunder di kawasan tanah pamah hingga bukit. Tumbuhan ini jenis beraroma. Daunnya jenis ringkas, tersusun bertentangan dan mempunyai tiga urat utama yang selari. Jambak bunga keluar dari hujung ranting atau ketiak daun. Buahnya memanjang seperti bujur telur. Air rebusan diminum oleh ibu selepas bersalin, dan untuk merawat demam panas. Daun yang dilumatkan dan disapukan boleh menghilangkan kesan racun sumpitan dan sakit sendi. Kulitnya dikunyah untuk merawat sakit perut dan sembelit. Minyak patinya diekstrak untuk dijadikan perisa gula-gula, kuih dan manisan. Kulit batangnya digunakan untuk menghasilkan ubat nyamuk, colok wangi, gam, cat dan gelas gentian.

Kembali ke atas