drought avoidance | pengelakan kemarau | Botani | Tiada | Kaedah penyesuaian tumbuhan bagi menamatkan edaran hidup atau edaran reproduktifnya yang bertujuan untuk mengelakkan kesan kemarau. Biasanya pengelakan kemarau berlaku pada tumbuhan di kawasan gurun yang melalui edaran hidup yang bermula dari peringkat percambahan hingga ke peringkat kematangan biji benih. Bagi tanaman yang dibiakkan untuk tujuan ketahanan terhadap kemarau, tanaman tersebut biasanya mengeluarkan bunga dengan cepat dan matang lebih awal. |
drought index | indeks kemarau | Hidrologi | Tiada | Nilai yang dikira dan berhubungan dengan beberapa kesan terlonggok ketunaan kelengasan yang berpanjangan dan luar biasa. Suatu indeks kemarau hidrologi adalah berpadanan dengan paras di bawah paras min sungai, tasik, waduk dan seumpamanya. Walau bagaimanapun suatu indeks kemarau pertanian mesti berhubungan dengan kesan melonggok ketunaan perpeluhan luar biasa atau ketunaan perpeluhan mutlak. |
physiological drought | kemarau fisiologi | Pertanian | Agronomi | Kemarau yang bukan disebabkan oleh kekurangan air, tetapi kekurangan keupayaan akar tumbuhan untuk menyerap air. Contohnya, dalam keadaan banjir, akar tidak mendapat oksigen dan mengakibatkannya hilang keupayaan untuk menyerap air. Dalam keadaan air masin, tekanan osmosis yang lebih rendah di luar akar menyebabkan akar tidak berupaya menyerap air. Keadaan ini boleh berlaku setiap hari sekiranya kadar transpirasi melebihi kadar penyerapan air melalui akar secara sementara, dan pulih kemudiannya apabila kadar transpirasi menurun. |
drought ring | lapisan kemarau | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Lapisan nipis pertumbuhan kayu yang disebabkan kurangnya pertumbuhan pada musim kemarau. |
drought resistance | ketahanan kemarau | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Keupayaan sesuatu pokok atau tumbuhan untuk hidup di kawasan yang kering atau kemarau. |
drought index | indeks kemarau | Sains | Hidrometeorologi | Nilai yang dikira dan berhubungan dengan beberapa kesan terlonggok kekurangan kelengasan yang berpanjangan dan luar biasa. Suatu indeks kemarau hidrologi bersepadanan dengan aras sungai, tasik, waduk, dan seumpamanya yang di bawah aras min. |
crop forecast | ramalan hasil tanaman | Pertanian | Agronomi | Jangkaan hasil tanaman yang diperoleh dalam sesebuah kawasan bagi sesuatu musim. Kaedah jangkaan ini berdasarkan ramalan keadaan cuaca, terutamanya jumlah hujan dan musim kemarau. Sekiranya diramalkan berlaku musim kemarau yang panjang, iaitu apabila dijangka berlaku fenomena El Nino pada sesuatu tahun, hasil tanaman akan diramalkan turun sehingga 20 peratus. Bagi tanaman saka seperti kelapa sawit, sekiranya berlaku kemarau pada tahun ini, ramalan hasil tanaman kelapa sawit pada tahun depan akan diturunkan kerana hasil kelapa sawit dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berlaku semasa bunga baru muncul, iaitu 9 bulan sebelum buah dapat dituai. |
drought | kemarau | Geografi | Tiada | Tempoh masa yang panjang dan berterusan di mana tidak terdapat catatan kerpasan. |
drought | kemarau | Perhutanan | Tiada | Tiada |
drought | kemarau | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |