Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,

Puisi
 

Buah limau tepi perigi,
     Lipat kajang kemas-kemas;
Kalau abang mahukan kami,
     Carilah kijang bertanduk emas.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concealed wiringpendawaian tersembunyiTeknikElektrikPendawaian elektrik yang sistem pendawaiannya tersembunyi dari pandangan mata. Cara penyembunyian yang boleh dibuat termasuklah perdawaian dilepa terus pada dinding atau dimasukkan ke dalam pembuluh dan kemudian dilepa dengan simen. Pendawaian cara ini kemas dan cantik, tetapi sukar untuk diubahsuai.
incroyableinkroiabelKesenianTiadayang menonjolkan cara berpakaian selekeh dan rambut yang tidak kemas. Istilah ini digunakan semula pada akhir tahun 1880-an untuk peramalan yang sama.
bale presskempa bandelaPertanianAgronomi

Alat untuk memadatkan produk pertanian seperti rumput kering, kapas, bulu bebiri dan getah supaya dapat membentuk bandela yang kemas. Alat ini biasanya menggunakan kuasa hidraulik untuk menekan bahan dalam bekas dan apabila telah padat bandela itu diikat atau dibalut dengan pembalut plastik atau guni.

lost update problemmasalah kemas kini hilangTeknologi MaklumatTiadaPengemaskinian yang tidak tekal apabila data dikongsi serentak, dan keadaan ini boleh dicegah dengan menggunakan teknik penguncian.
personal article floaterpengapung artikel persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaPengapung ini asalnya digunakan berserta polisi marin dalaman. Sekarang pengapung ini boleh dijual berasingan sebagai satu polisi atau dikepil kepada polisi harta yang sedia ada, seperti insurans empunya rumah. Pengapung ini digunakan untuk menyenaraikan barang kemas dengan amaun tercatat bagi setiap barang. Perlindungan ini selalunya dalam bentuk semua risiko.
loose contactsesentuh longgarTeknikElektrikSambungan yang tidak kemas atau tidak membuat sentuhan yang baik. Sesentuh longgar mengeluarkan bunga api, dan dengan ini mengakibatkan kehilangan tenaga pada sentuhan tersebut.
short term planningperancangan jangka pendekPentadbiranPentadbiran Awam

Perencanaan yang dilaksanakan untuk mencapai objektif jangka pendek tetapi kemas dan menyeluruh dari segi pelaksanaannya. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang tidak melebihi tiga tahun. Bentuk perancangan ini tidak memerlukan pemantauan yang rapi kerana akan melibatkan kos dan guna tenaga yang banyak. Misalnya projek penyelidikan organisasi untuk mengetahui punca masalah terhadap sesuatu isu semasa seperti jerebu yang mencemar alam sekitar negara yang disebabkan oleh kebakaran dari negara jiran.

Senna alatagelenggangHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Fabaceae. Tumbuhan ini hidup liar di belukar dan tepi hutan. Daunnya besar jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 12 pasang anak daun yang tersusun kemas pada rakis. Anak daun berbentuk bujur panjang dan bulat di hujung. Bunganya tersusun padat melingkari jambak spika yang tegak dan bertangkai panjang. Kelopak bunga berwarna kuning cerah. Brakteanya besar dan berwarna jingga. Buahnya jenis lenggai, panjang dan bersayap empat. Air rebusan daun dibuat mandian herba untuk merawat penyakit kulit seperti gatal dan ekzema. Daunnya bersifat antiparasit dan antikulat serta berkesan untuk penyakit kulit seperti kudis, kayap dan kurap. Daunnya mengandungi terbitan antrasen dan aloe emodin yang bersifat purgatif.
light luggage (room)bilik bagasi sedikitPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang diinap tetamu tanpa sebarang beg pakaian atau perkakas peribadi dan tukang kemas bilik perlu melaporkan perkara ini kepada penolong jurukemas.
installerpemasangTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian atau skrip pengaturcaraan yang memudahkan proses pemasangan perisian sistem komputer. Perisian ini akan memeriksa konfigurasi sistem, versi sistem pengendalian, pemacu, keaslian, kod capaian, tarikh kemas kini terakhir perisian tertentu dan memastikan perisian sandaran lain wujud sebelum memasang perisian yang dihajati oleh pengguna. Contohnya, pemasangan aplikasi Windows atau Linux.
1234

Kembali ke atas