Plumeria rubra | Kemboja Cina | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Apocynaceae ini adalah jenis pokok yang mempunyai batang bewarna kelabu dan bergetah putih. Daunnya berbentuk obovat. Bunganya berwarna ungu kemerahan dan kuning di tengah corong. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan di tepi jalan atau di kawasan kubur. Kulit batang pokok digunakan untuk merawat kepecahan pada tumit kaki sementara getah pokok digunakan untuk membuang tahi lalat. |
tro | tro | Kesenian | Tiada | Rebab dari Kemboja. |
gamboge | gamboj | Kimia | Tiada | Bahan berwarna kuning daripada pokok kemboja yang digunakan sebagai pigmen dan untuk mewarnakan varnis. |
nang sbek thorn | nang sbek thorn | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). |
mohori | mohori | Muzik | Tiada | Ensembel muzik Kemboja yang mengutamakan alat tali yang digesek seperti tror chhe, tror so tauch, tror so thomm, tror u, krapeu (ziter) dan khimm (dulsimer). Oleh itu, bunyi ensembel ini lebih lembut daripada bunyi ensembel pinn peat. Alat muzik lain dalam ensembel tersebut termasuklah khloy (alat flut buluh), ranat aek, ranat thung (zailofon), ching (simbal), thaun (dram |
pinn peat | pinn peat | Muzik | Tiada | Ensembel muzik klasik Kemboja yang mengiringi tarian klasik dan wayang nang sbek. Alat muzik pinn peat hampir sama dengan alat muzik ensembel pi phat di Thailand. Alat pinn peat termasuklah ranat aek dan ranat thung (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). Penyanyi dalam ensembel pinn peat dikenali sebagai chamrieng. Lihat juga pi phat. |
nang kalun | nang kalun | Muzik | Tiada | Wayang kulit Kemboja yang berasaskan cerita epik Reamker atau Ramayana dan Jataka tentang kehidupan dan falsafah Buddha. Wayang ini menggunakan patung kecil yang dimainkan oleh seorang dalang. Teknik bermain wayang ini sama dengan teknik bermain nang talung di Thailand. Teater ini juga dinamai ayang yang berasal daripada perkataan wayang. Sinonim nang sbek touch, ayang. Lihat juga nang tailing,
|
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
urban site | tapak bandar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang mengandungi tinggalan kota, monumen, batu atau benteng. Tapak ini digunakan sebagai tempat tinggal, tempat pengeluaran hasil industri,pusat perdagangan, pertahanan dan pentadbiran. Antara tapak bandar yang terkenal ialah Roman Ephesus (Turki), Tikal (Geuatemala), Mohenjo Daro (India), Teotihuacan (Mexico) dan Angkor Wat (Kemboja). |
ASEAN Free Trade Area (AFTA) | Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN. |