aggressive mimicry | kemimikan agresif | Biologi | Ekologi | Kemimikan dengan sekitaran supaya tidak dikenali, atau supaya mudah menangkap mangsa. Kemimikan agresif umumnya ditunjukkan oleh karnivor. Misalnya labah � labah yang menyerupai bunga orkid akan menangkap mangsa yang menghinggapinya. |
Batesian mimicry | kemimikan Batesian | Biologi | Ekologi | Kemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung. |
conscious mimicry | kemimikan kesedaran | Biologi | Ekologi | Kemimikan dengan cara berpura-pura pengsan atau mematikan diri. Misalnya, oposum berpura-pura mati apabila berhadapan dengan musuh. |
Mullerian memicry | kemimikan Mullerian | Biologi | Ekologi | Kemimikan di kalangan serangga apabila dua spesies yang berbahaya atau tidak sedap dimakan oleh pemangsa menyerupai satu sama lain. Kedua-dua spesies beruntung daripada persamaan ini, kerana apabila pemangsa telah memakan salah satu spesies tersebut, pemangsa berkenaan akan cuba mengelakkan dirinya daripada spesies yang satu lagi. |
protective mimicry | kemimikan perlindungan | Biologi | Ekologi | Kemimikan dengan cara menyembunyikan diri, memberi amaran atau mempamerkan struktur rahsia untuk melindungi diri daripada pemangsa. Misalnya, perubahan warna pada badan sotong, kewujudan bintik mata pada ulat bulu, dan kewujudan kepala palsu pada bahagian posterior rama-rama. |
mimicry | kemimikan | Biologi | Ekologi | Keserupaan sesuatu organisma dengan organisma atau objek lain dalam sekitaran. Kemimikan bertujuan untuk menipu pemangsa atau mangsa, atau untuk melindungi diri. |
mimicry | kemimikan | Perikanan | Tiada | Tiada |
mimicry | kemimikan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
mimicry | kemimikan | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
aggressive mimicry | kemimikan agresif | Perhutanan | Tiada | Tiada |