integrated campaign | kempen bersepadu | Komunikasi | Korporat | Strategi pelaksanaan kempen yang menggunakan kepelbagaian pendekatan dan gabungan organisasi yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu kempen. Kempen jenis ini biasanya melibatkan kos yang tinggi dan tenaga manusia yang ramai serta pihak lain yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan sesuatu kempen. Contohnya, kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini boleh melibatkan organisasi seperti Pasukan Keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerja Raja, syarikat insurans, dan pihak pengurusan lebuh raya. Oleh itu, kempen jenis ini kerap menggunakan semua saluran media, sama ada media cetak, elektronik, atau komunikasi bersemuka. Tempoh dan peringkat pelaksanaan sesuatu kempen biasanya ditetapkan oleh jawatankuasa bersepadu yang terdiri daripada wakil organisasi yang terlibat. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memantau perjalanan dan keberkesanan kempen yang dilaksanakan. Kempen ini lebih bersifat khidmat awam. Kempen bersepadu juga digunakan oleh pihak swasta apabila beberapa syarikat berkongsi sumb |
filmlets | filem pendek | Komunikasi | Tiada | Filem yang bersifat perkhidmatan siaran awam iaitu bagi menyokong kempen seperti kempen keselamatan jalan raya, kempen melindungi alam sekitar dan sebagainya. Lazimnya filem ini ditayangkan tidak melebihi 30 minit. |
campaign budget | belanjawan kempen/dana kempen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
advertising campaign | kempen pengiklanan | Komunikasi | Korporat | Proses penyediaan dan pelaksanaan strategi publisiti dan promosi yang komprehensif untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan. Proses ini dilaksanakan dalam tempoh jangka waktu tertentu. Dalam tempoh tersebut, perancangan dan pelaksana kempen perlu menyediakan dan melaksanakan strategi secara sistematik serta bersepadu bagi memastikan matlamat akhir kempen dicapai. Peringkat proses perancangan dan pelaksanaan kempen tersebut adalah seperti yang berikut: (i) Mengenal pasti masalah barangan atau perkhidmatan (ii) Mengenal pasti khalayak sasaran. (iii) Menentukan objektif dan matlamat kempen. (iv) Merancang jenis pendekatan penyaluran mesej dan menentukan media. (v) Menentukan peringkat kesan mesej yang perlu dicapai dalam tempoh atau peringkat kempen. (vi) Menyediakan mesej dan kandungan bagi setiap peringkat kempen. (vii) Melaksanakan kempen. (viii) Menilai kesan bagi setiap peringkat kempen. (ix) Menyusun dan melaksanakan strategi kempen seterusnya. (x) Membuat penilaian kesan akhir kempen. Contoh ke |
collective behaviour | perilaku bersama | Komunikasi | Korporat | Kesan sesuatu kempen yang menyebabkan khalayak yang menerima sesuatu mesej bertindak secara bersama. Kesan ini ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku khalayak sasaran yang menerima mesej yang sama daripada sumber maklumat yang sama. Mesej yang disebarkan boleh menggunakan satu atau lebih kaedah penyaluran maklumat yang diuruskan oleh agen pengiklanan atau organisasi. Dalam perhubungan awam, perilaku bersama sering terjadi selepas sesuatu kempen dilaksanakan. Contohnya, kempen menderma darah selepas tersebarnya peristiwa yang melibatkan kecederaan kepada orang awam secara besar-besaran. Contoh lain ialah kempen menderma makanan dan pakaian setelah tersebarnya berita mengenai banjir besar atau tsunami. Mesej kempen tersebut telah mendorong pelbagai pihak untuk melakukan tindakan bersama seperti yang diuar-uarkan melalui saluran kempen di kawasan khalayak berada. |
book drive | kempen buku | Perpustakaan | Tiada | Kempen yang dijalankan secara intensif dan sistematik untuk menggalakkan sumbangan buku dari pihak tertentu sebagai usaha menambah koleksi perpustakaan atau untuk tujuan yang lain. |
antimalaria campaign | kempen antimalaria | Perubatan | Tiada | Kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa atau mana-mana badan untuk membasmikan penyakit malaria. |
conversion | peralihan | Komunikasi | Korporat | Kesan akhir yang ditunjukkan melalui pelakuan dan kebiasaan khalayak, hasil pendedahan berterusan terhadap sesuatu kempen khidmat awam atau iklan. Pendekatan yang khusus akan digunakan supaya khalayak mengubah tingkah laku dan kebiasaan yang diamalkan kepada sesuatu yang baru. Peralihan boleh bersifat menyukai atau menyokong sesuatu kepada tidak menyukai atau menyokong sesuatu keadaan atau sebaliknya. Dalam pengiklanan, strategi kempen bagi mendapatkan kesan peralihan merupakan sesuatu yang sukar untuk dijayakan. Hal ini kerana mesej sesuatu barangan yang hendak disampaikan bukan sahaja perlu meyakinkan khalayak tetapi perlu dibuktikan kemanfaatannya berbanding penggunaan barangan biasa. Dalam kempen khidmat awam pula, strategi kempen yang kreatif dan inovatif perlu digunakan supaya tingkah laku dan kebiasaan khalayak yang biasa diamalkan boleh berubah. Strategi pembentukan mesej yang menggunakan pendekatan ugutan dan perakuan kerap digunakan sekiranya pendekatan lain gagal. Contohnya, kempen berhenti merokok |
media planning | perancangan media | Komunikasi | Korporat | Proses menyusun strategi penyebaran mesej pengiklanan. Proses ini bermula dari peringkat penentuan idea kempen pengiklanan sehingga ke peringkat pemilihan media dan pemantauan keberkesanan media yang dipilih. Proses tersebut dilaksanakan bagi memastikan kesemua maklumat yang berkaitan dengan media yang terlibat dalam kempen pengiklanan diberi sepenuh perhatian untuk menjamin kejayaan kempen tersebut. Antara maklumat yang perlu diketahui termasuklah pengesahan siaran, masa siaran, dan kekerapan penerbitan iklan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian antara pihak media dengan agensi pengiklanan. Pihak perancang media juga menggunakan maklumat maklum balas sebagai alat untuk membaiki dan mengemas kini strategi perancangan pengiklanan seterusnya. |
wave posting | tumpuan iklan | Komunikasi | Korporat | Longgokan bahan pengiklanan di sesebuah kawasan mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan yang memerlukan perhatian segera dalam satu tempoh tertentu secara berterusan. Strategi pengiklanan ini dilakukan dengan memperagakan bahan kempen di persekitaran laluan dan tempat tinggal khalayak sasaran di kawasan pasaran yang di kenal pasti sebagai langkah strategik. Kempen ini dilakukan secara berterusan dan secara langsung untuk mendapatkan tindak balas segera bagi memenuhi keperluan pasaran syarikat yang membuat iklan. Contohnya, iklan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru, seperti kempen penjualan rumah atau iklan menggalakkan kehadiran khalayak ke sesuatu acara. Iklan dilakukan melalui pelbagai cara dalam pelbagai bentuk bagi memastikan tujuan kempen tercapai. |