amitriptyline | amitriptilina | Kimia | Forensik | Nama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya. |
agitated depression | kemurungan beragitasi | Perubatan | Tiada | Kemurungan yang melibatkan keresahan |
depression | kemurungan | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi. |
shock therapy | terapi kejutan | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi untuk merawat kemurungan yang teruk dengan menggunakan elektrik berkuasa 150 volt ke otak pesakit selama kurang daripada satu saat. Kejutan tersebut akan menimbulkan konvulsi atau kekejangan dan menyebabkan pesakit menjadi tidak sedar diri untuk seketika. Kadangkala, dadah relaksan otot dan sedatif turut diberikan untuk mengurangkan impak daripada terapi ini. Rawatan ini biasanya dilakukan secara bersiri daripada 6 hingga 8 sesi selama tiga hingga empat minggu. Kejutan dikatakan boleh mengubah keseimbangan biokimia dan hormon dalam otak dan badan pesakit sehingga dapat mengurangkan kemurungan atau tingkah laku membunuh diri. Kaedah ini biasanya diikuti dengan rawatan lain kerana menerima banyak kritikan. Kaedah ini biasanya digunakan selepas kaedah lain tidak menampakkan perubahan yang nyata. |
moodiness | kemurungan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
depression | kemurungan | Perubatan | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit. |
depression | kemurungan | Gerontologi | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh seseorang. |
depression | kemurungan | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa, yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir dan berbuat sesuatu. Kadang-kadang keadaan ini dikaitkan dengan rasa bersalah yang berlebihan, yang tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. |
depression (psychological) | kemurungan (jiwa) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
mental depression | kemurungan mental | Sosiologi | Tiada | Tiada |