Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.nga] | کناڠا

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum); ~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuh­an (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.nga] | کناڠا

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Canangium odoratum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenanga

Puisi
 

Bunga kenanga bunga kenangan,
     Kenangan Uda bersama Dara;
Seribu tahun dalam kehilangan,
     Namun lupa tidak ketara.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kenangabunga kenangaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga kenanga.
bunga kenanga Bangkokbunga kenanga BangkokKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga kenanga, lazimnya menjadi pengapit kepala kain sarung atau diletakkan di bahagian tepi kain.
enfleurageenfleurajHerbaTiadaKaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan lemak. Enfleuraj dilakukan secara sejuk atau menggunakan lemak yang dipanaskan. Contohnya, pengekstrakan minyak wangi kenanga daripada kelopak bunga kenanga.
canangium (Canangium odoratum)kenanga (Canangium odoratum)PertanianTiadaTiada
undulateberalunHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang berombak. Contohnya, daun kenanga (Cananga odorata) dan daun bunga tanjung (Mimosups elengi).
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaTiadaTumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, bunga melur, mawar, kenanga, serai wangi, pala, cengkih, kayu manis dan gaharu.
ellipseelipsHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bujur panjang, mengecil di kedua-dua hujung dan lebar di bahagian tengah. Contohnya, daun senduduk, daun inai dan daun kenanga.

Kembali ke atas