symbolism | perlambangan | Kesenian | Seni Bina | Penggunaan sesuatu lambang atau simbol untuk melahirkan sesuatu idea atau maksud yang jauh lebih mendalam dan signifikan. Ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menjurus kepada pemberian lambang terhadap sesuatu unsur yang dianggap unggul atau bersifat suci bagi tujuan untuk mengambarkan kehadiran unsur tersebut. Dalam seni bina, pendekatan perlambangan cuba untuk menzahirkan kehadiran unsur dan menunjukkannya dalam bentuk lambang atau kiasan, sama ada pada mukaan bangunan atau bentuk bangunan. Perlambangan dalam seni bina tradisional Melayu misalnya, dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti binaan, adat istiadat dan juga penggunaan corak dan hiasan. Contohnya, pembinaan ruang anjung dan serambi di rumah-rumah Melayu melambangkan sifat masyarakat yang suka menerima kunjungan tetamu selain berfungsi sebagai tempat berkumpul dan mengadakan aktiviti kenduri-kendara. Contoh lain ialah penggunaan corak ukiran yang berkeluk-keluk dalam keadaan tunduk ke bawah yang melambangkan jiwa dan keperibadian masyarakat M |