Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda. ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama dgn muatan kurang drpd lima tan, mis kereta, van dan motosikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendera
Kata Terbitan : mengenderai, berkenderaan, pengendera, kenderaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
park and ridehentian dan jalanKejuruteraanTiadaStrategi dalam kejuruteraan kenderaan untuk menggalakkan pemandu persendirian meninggalkan kereta mereka di tempat letak kenderaan kawasan subbandar yang berhampiran dengan perhentian bas, rel atau kenderaan-kenderaan awam yang lain, dan menumpang kenderaan-kenderaan ini untuk ke pusat bandar.
radio magnetic indicatorpenunjuk magnet radioKejuruteraanTiadaAlatan pelayaran yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan darat, yang memaparkan bearing relatif kenderaan dengan bearing relatif stesen radio yang diketahui lokasinya.
raillandasan;relKejuruteraanTiada1. Bar yang dipasang di antara tiang-tiang atau sokong-sokong lain sebagai penghalang.,2. Bar keluli yang terletak di atas bendul silang yang berfungsi sebagai trek bagi kereta api dan kenderaan-kenderaan lain yang mempunyai roda berbebibir.,3. Manifold tekanan tinggi dalam beberapa sistem pancutan bahan api.
crash tenderkenderaan bantu nahasAeroangkasaTiadaKenderaan yang dilengkapi dengan peralatan dan kakitangan untuk membantu sesuatu nahas.,Kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan dan kakitangan untuk membantu sesuatu nahas.
articulated vehiclekenderaan sambung sendiKejuruteraan AutomotifTiadaKenderaan yang bersambung dengan menggunakan sendi, biasanya untuk unit kenderaan yang sama.
vehicle kilometerkenderaan kilometerKejuruteraan AutomotifTiadaUnit yang diperolehi dengan mendarabkan bilangan kenderaan dengan jarak yang dilalui oleh kenderaan dalam kilometer.
surface dispatchhantaran mel udaraPentadbiran PerniagaanTiadaHantaran mel yang menggunakan kenderaan selain dari kenderaan udara.
fairingrerautAeroangkasaTiadaSebarang komponen kenderaan pelancar yang direka untuk mengurangkan seretan dengan melicinkan aliran udara di sekeliling kenderaan tersebut.,Satu peranti berbentuk payung yang digunakan untuk melambatkan kejatuhan sesuatu jasad di udara, atau menstabilkan pesawat.,Sebarang komponen kenderaan pelancar yang direka untuk mengurangkan seretan dengan melicinkan aliran udara di sekeliling kenderaan tersebut.
railroadjalan kereta apiKejuruteraanTiadaLandasan rel yang kekal, yang membentuk laluan untuk kenderaan barangan dan kenderaan penumpang yang ditarik oleh lokomotif.
chassiscasisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHimpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badang kenderaan.
12345678910...

Kembali ke atas