heroic legends | legenda wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Kisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu. |
bharatayudha | bharatayudha | Kesenian | Drama dan Teater | Epik kepahlawanan yang menceritakan peperangan antara dua buah kerajaan, iaitu Pandawa dengan Korawa. Bharatayudha ialah saduran daripada epik Mahabharata di India dan biasanya digunakan sebagai repertoir dalam persembahan wayang purba. |
epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H |
romance | roman; hikayat | Kesusasteraan | Tiada | 1. Prosa naratif yang mengisahkan tentang kepahlawanan, kehebatan, pengembara dan percintaan.,2. Novel prosa rekaan yang panjang yang menonjolkan tokoh-tokoh dan menampilkan serangkai peristiwa dan latar secara tersusun. |
Gothic novel | novel Goth | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang berciri magis, misteri dan kepahlawanan. |
epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Prosa atau puisi panjang dalam bentuk naratif mengisahkan tentang kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda satu-satu bangsa atau negara. |
heroic epic | epik wira | Kesusasteraan | Tiada | Prosa dan puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan kepahlawanan seseorang tokoh sejarah atau tokoh legenda. |
chivalric romance | roman kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Roman yang dihasilkan dalam zaman pertengahan, mencerminkan perjuangan dan kepahlawanan seorang pahlawan atau satria. |
triplet | triplet;kembar tiga | Kesusasteraan | Tiada | Stanza yang mengandungi 3 baris rima yang berurutan; kuplet bersifat kepahlawanan kadangkala muncul berbagai jenis triplet. |
Arthurian legend | legenda Arthur | Kesusasteraan | Tiada | Cereka zaman pertengahan dalam bentuk prosa atau rangkap yang mengisahkan tentang percintaan dan kepahlawanan King Arthur. |