mixing length | kepanjangan percampuran | Hidrologi | Tiada | (1) Kepanjangan yang ditakrifkan oleh Prandtl sebagai ciri aliran bergolak. (2) Jarak minimum jelajah suatu perunut yang selepasnya percampuran yang baik diperoleh. |
mixing length | panjang campuran | Geografi | Tiada | 1. Kepanjangan yang ditakrifkan oleh Prandel sebagai ciri aliran bergolak.,2. Jarak minimum jelajah suatu perunut yang selepasnya percampuran yang baik diperolehi. |
coefficient, contraction | koefisien kisut | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isipadu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isipadu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang. |
cloud-detection radar | radar pengesan awan | Sains | Hidrometeorologi | Jenis radar cuaca yang direka bentuk khas untuk mengesan awan (bukan kerpasan). Radar ini menggunakan frekuensi radio hampir 30 000 megakitaran/saat yang bersepadanan dengan kepanjangan gelombang sekitar 1 cm (jalur K). Kepanjangan gelombang pendek penting bagi radar ini untuk mendapatkan serakan yang baik daripada titisan kecil yang membentuk awan. Cekak gelombang dipancarkan kepada zenith; oleh itu, hanya awan dan kerpasan yang secara langsung merentasi atas dari radar sahaja yang dapat dikesan. |
slope of grain | cerun ira | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sudut di arah ira dengan paksi bahan kayu yang dinyatakan sebagai lencongan pada setiap unit panjang . Misalnya Lencongan 1 cm dalam kepanjangan 15 cm, atau 1 dalam 15. Kecerunan yang lebih daripada 1 dalam 20 akan mengurangkan kekuatan bahan tersebut. |
cloud attenuation | pengecilan awan | Sains | Hidrometeorologi | Pengecilan sinaran gelombang mikro oleh awan. Bagi jalur kepanjangan gelombang beberapa sentimeter awan menghasilkan penyerakan Rayleigh. Pengecilan sebahagian besar disebabkan oleh penyerakan dan bukan penyerapan, bagi awan ais dan awan air. Pengecilan awan [db/km] untuk pancaran sehala. dengan ialah air cecair dalam ketumpatan air dalam kepanjangan gelombang; k sama dengan ; dengan ialah pemalar dielektrik kompleks. Pengecilan bergantung pada dan dalam julat kepanjangan gelombang dari 10 ke 1 cm adalah hampir (1 hingga 100) x bagi awan air dan (2 hingga 20) x bagi awan ais. |
line | garis; talian | Kejuruteraan | Tiada | 1. Niskalaan matematik yang tidak mempunyai kelebaran mahupun ketebalan, hanya kepanjangan.,2. Surihan tunggal bagi alur elektron dari kiri ke kanan, merentasi skrin televisyen.,3. Pengalir tenaga elektrik.,4. Laluan bintik bergerak pada tiub sinar katod.,5. Sebaris lubang yang serenjang dengan arah maju bagi pita tertebuk.,6. Saling sambungan di antara dua peranti elektrik.,7. Kabel, talian telefon dan sebagainya, yang digunakan untuk menghantar dan menerima data komunikasi.,8. Sebaris aksara yang dicetak atau dipapar.,9. Satu siri aksara yang diterima sebagai suatu masukan tunggal oleh komputer.,10. Sebaris suruhan atau argumen pada atur cara komputer. |
shower | hujan lari | Geografi | Tiada | 1. Hujan lari: Curahan singkat hujan atau batu hujan yang berbeza keamatan dan kepanjangan. |
arch span | rentang arkus | Perubatan | Tiada | 1. Dalam bidang prostetik bermakna pelana.,2. Dalam bidang ortodontik bermakna kepanjangan arkus dari permukaan mesial gigi molar pertama kiri ke permukaan mesial gigi molar pertama kanan. |
shortwave radiation | sinaran gelombang pendek | Geografi | Tiada | Gelombang spektrum elektromagnet yang mempunyai kepanjangan di antara 0.4 - 1.0 mikrons. |