dependability requirement | keperluan kebergantungan | Teknologi Maklumat | Perisian | Keperluan sistem yang diperlukan bagi membantu mencapai kebergantungan sistem yang dikehendaki. Umumnya, keperluan kebergantungan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan kebergantungan berfungsi dan keperluan kebergantungan tanpa fungsi. Keperluan kebergantungan berfungsi ialah keperluan bagi mengelak, mengesan, mempertimbangkan dan memulihkan sistem daripada kerosakan dan kegagalan. Keperluan kebergantungan tanpa fungsi pula melibatkan nilai-nilai atribut yang saling bergantungan. |
malleable casting | acuan boleh tempa | Kesenian | Tiada | Acuan yang boleh dibentuk mengikut keperluan-keperluan tertentu. |
portfolio | portfolio | Kesenian | Tiada | Bekas mudah alih untuk membawa lukisan, gambar dan keperluan-keperluan melukis yang lain. |
need for security | keperluan keselamatan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan individu untuk rasa dilindungi dan tanpa keraguan. Dalam teori heirarki keperluan Maslow, keperluan kepada keselamatan muncul selepas keperluan asas seperti makanan, minuman dan tidur dipenuhi. Selain keperluan biologi, manusia juga menginginkan keperluan terhadap tempat atau perlindungan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Contohnya, keselamatan sesebuah negara tidak akan terjamin selagi keperluan asas untuk sebahagian besar rakyatnya masih belum tercapai. |
lessor | pemberi pajak | Kejuruteraan | Petroleum | Orang perseorangan atau syarikat yang bertindak sebagai tuan kepada sesuatu pajakan. Ia menetapkan syarat-syarat dan keperluan-keperluan yang mesti dipenuhi oleh pihak pemajak menerusi perakuan perjanjian. Boleh merupakan pemilik pajakan atau wakil pemilik pajakan. Rujuk : pajakan. |
catwalk | titi samping | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Laluan sempit atau titi kecil yang dibina pada aras suatu ketinggian untuk digunakan oleh pejalan kaki atau untuk keperluan-keperluan tertentu. |
requirements model | model keperluan | Teknologi Maklumat | Perisian | Model yang menghuraikan keperluan kefungsian dan keperluan bukan kefungsian suatu sistem. Keperluan kefungsian menerangkan penyataan ciri yang perlu dilaksanakan dalam sistem seperti semua spesifikasi yang dikehendaki pengguna. Keperluan bukan kefungsian pula menerangkan tingkah laku yang dijangka pada sistem seperti masa tindak balas, kebolehpercayaan, prestasi sistem, keselamatan dan mesra pengguna. Model ini juga merupakan reka bentuk huraian suatu sistem yang akan dibina. |
esteem needs | keperluan penghargaan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan peringkat tinggi manusia yang mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Keperluan ini disenaraikan oleh Maslow dalam hierarki keperluan manusia. Setiap manusia bukan sahaja didorong untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, minuman, seks dan kasih sayang tetapi juga keperluan supaya dihormati dan dihargai oleh orang lain. |
formal requirement language | bahasa keperluan formal | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa buatan yang digunakan untuk mewakili keperluan perisian dan hasil keperluan formal yang boleh dibuktikan benar melalui cara bukti kebenaran. |
SREM (software requirements engineering methodology) | SREM (metodologi kejuruteraan keperluan perisian) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah peralatan analisis keperluan berautomatik yang menggunakan bahasa kenyataan keperluan untuk menerangkan unsur, sifat, struktur, dan perhubungannya bagi membangunkan spesifikasi keperluan sistem. |