mindfulness | keprihatinan | Psikologi | Tiada | Kesedaran berkaitan sesuatu hal atau perkara. |
brand consciousness | kesedaran jenama | Komunikasi | Korporat | Peringkat pengetahuan dan keprihatinan pengguna terhadap jenama sesuatu barangan. Peringkat kesedaran ini merupakan paras pengetahuan dan kepekaan seseorang terhadap sesuatu jenama yang membolehkan mereka mengaitkan dirinya dengan status jenama tersebut. Peringkat inilah yang hendak dicapai oleh kempen pengiklanan. Tahap tersebut biasanya dicapai dalam tempoh masa yang panjang. Konteks kesedaran ini boleh dilihat dari segi kaitan mutu dan pakej jenama dengan status pengguna. Pembentukan kesedaran perlu melalui proses pembangunan jenama. |
curriculum stakeholder | pendokong kurikulum | Pendidikan | Tiada | Individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan dan keprihatinan dalam proses kurikulum. |
nursing care | penjagaan kejururawatan | Perubatan | Tiada | Khidmat penjagaan kejururawatan yang merangkumi pemerhatian, pengurusan, pelaksanaan, keprihatinan dan pemakluman kepada pesakit. |
helping | menolong | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku prososial yang biasanya mempunyai niat untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Konsep yang berkaitan dengan tingkah laku menolong ialah altruisme, iaitu keprihatinan tanpa syarat seseorang terhadap kebajikan orang lain. Terdapat tiga teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku menolong. Pertama, model kelegaan daripada perasaan negatif. Contohnya, individu yang telah menolong orang lain akan merasa lega daripada perasaan negatif atau yang tidak menyelesakan. Kedua, model empati-altruisme yang menyatakan bahawa sesetengah orang menolong secara ikhlas walaupun dirinya dalam keadaan tertekan atau bermasalah, dan yang ketiga ialah teori sosiobiologi yang menyatakan individu secara semula jadi mempunyai kecenderungan untuk menolong. |
Amnesty International | Amnesti Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarab |
programme implementation | pelaksanaan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan. |