subjective test | ujian subjektif | Pentadbiran | Tiada | Ujian penilaian pekerja yang keputusannya bergentung kepada pertimbangan dan budi bicara pemeriksa sendiri, dan bukannya berasaskan penilaian objektif. |
adjudicatory action | tindakan adjudikasi | Undang-undang | Tiada | Tindakan pentadbiran yang keputusannya menimbulkan kesan kepada hak persendirian atau harta benda. |
false negative | negatif palsu | Sains Forensik | Tiada | Keputusan ujian yang silap apabila keputusannya ditunjukkan sebagai negatif disebabkan oleh pengendalian ujian yang tidak sempurna. Dalam konteks forensik, kesilapan ini boleh menyebabkan kekecualian yang salah dan mempunyai implikasi untuk membebaskan tertuduh yang bersalah. |
prospective overruling | penolakan prospektif (ke depan) | Undang-undang | Tiada | Doktrin yang menyatakan bahawa mahkamah tidak akan mengakaskan keputusannya yang terdahulu. |
repeat | ulang | Kejuruteraan | Tiada | Melakukan sesuatu sekali atau beberapa kali lagi, misalnya uji kaji yang dilakukan semula untuk menyemak keputusannya. |
overflow | limpahan; melimpah; aliran atas; limpah atas | Matematik | Tiada | 2. Penjanaan kuantiti melebihi muatan daftar atau lokasi, yang akan menerima keputusannya. |
critical path method | kaedah laluan kritikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah nombor berangka untuk perancangan, penjadualan, dan pengawalan projek yang diketahui anggaran masa, kos, dan keputusannya, misalnya projek pembinaan. Singkatan CPM. |
domestic tribunal | tribunal domestik | Undang-undang | Tiada | suatu badan yang diberi kuasa oleh statut atau kontrak bagi melaksanakan bidang kuasa ke atas hal dalaman sesuatu profesion atau persatuan; keputusannya adalah tertakluk kepada kajian semula kehakiman. |
Elisa | Elisa | Biologi | Patologi | Singkatan bagi asai imunoserap terikat enzim yang dilakukan untuk mengesan dan mengenal pasti patogen, terutama virus, secara kuantitatif. Kaedah ini banyak digunakan dalam diagnosis kerana keputusannya cepat dan tepat. |
high-stake testing | ujian kepentingan tinggi | Pendidikan | Tiada | Program pentaksiran yang keputusannya mempunyai kesan yang penting kepada pelajar, guru, sekolah, atau negara, seperti kepentingan dari segi kenaikan kelas, pensijilan, dan peng-ijazahan. |