prevailing wind | angin lazim | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang paling kerap dicerap pada arah dan tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim, dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin. Juga disebut arah angin lazim. |
prevailing wind direction | arah angin lazim | Sains | Hidrometeorologi | Arah angin yang paling kerap dicerap dalam tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin. |
memory decay | ingatan merosot | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang beransur-ansur menjadi lemah sekiranya tidak digunakan dengan kerap. Contohnya, nombor telefon yang tidak digunakan dengan kerap akan beransur-ansur luput daripada ingatan. Sinonim ingatan susut. |
hypervitaminosis | hipervitaminosis | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku akibat daripada pengambilan vitamin secara berlebihan sama ada secara akut atau kronik. Hipervitaminosis melibatkan vitamin A dan D lebih kerap berlaku berbanding dengan vitamin yang lain. Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin lebih kerap berlaku berbanding dengan berlebihan vitamin. Gejala masalah ini bergantung kepada jenis vitamin yang berlebihan. Sebagai contoh, Vitamin D yang berlebihan akan menyebabkan keletihan, kencing dan minum banyak serta peningkatan paras kalsium. Masalah ini boleh dirawat dengan mengurangkan atau berhenti mengambil vitamin berkenaan. |
high-level tapping | torehan kerap | Pertanian | Tiada | Tiada |
Frequently Asked Questions | Soalan Kerap Ditanya | Teknologi Maklumat | Tiada | Soalan-soalan dan jawapan yang diletakkan dalam satu fail pada perkhidmatan dalam talian. |
reduced frequency tapping | torehan kurang kerap | Pertanian | Tiada | Tiada |
frequently asked questions (FAQ) | soalan kerap tanya (FAQ) | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen yang mengandungi senarai soalan yang lazim ditanya diikuti dengan jawapan, khususnya tentang sesuatu topik. Senarai ini diterbitkan dalam talian atau diposkan kepada ahli senarai e-mel. |
frequently asked question (FAQ) | soalan kerap tanya (SKT) | Komunikasi | Korporat | Jenis soalan yang biasa ditanya oleh orang awam mengenai sesuatu perkara atau keadaan. Jawapan kepada sesuatu soalan itu boleh dijangka dan disediakan lebih awal untuk memudahkan proses pembelajaran dan penyebaran maklumat secara berstruktur. Jangkaan jawapan boleh dibuat berdasarkan pendekatan 5W/1H dan pengalaman pihak organisasi semasa berhadapan dengan isu-isu yang dipersoalkan pada masa sebelumnya. Jangkaan jawapan ini boleh diterbitkan dan disebarkan kepada pengguna yang memerlukannya. Contohnya, penerbitan risalah perubatan mengenai kesan merokok. Contoh lain ialah penyebaran maklumat organisasi yang dilakukan dalam laman web. Kaedah ini boleh membantu khalayak mendapat maklumat secara langsung dan bersesuaian dengan keperluan khalayak. |
epiphyte | epifit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang mendapatkan ruang dan cahaya secara melekatkan dirinya pada cabang pokok lain atau tempat lain, seperti dinding bangunan. Di hutan pamah, epifit yang paling kerap ditemui ialah Asplenium nidus, dan Platycerium coronarium, kedua-duanya spesies paku pakis. Dihutan gunung pula, epifit yang kerap ditemui adalah daripada famili orkid, misalnya Eria, dan Bulbophyllum spp. Sinonim tumbuhan udara. |