benzine poisoning | keracunan benzina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmon |
acetaldehyde poisoning | keracunan asetaldehid | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada asetaldehid (formula kimia, C2H4O) pada dos yang tinggi. Had pendedahan individu terhadap bahan ini ialah 100 ppm. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Dalam keracunan akut, pendedahan kepada wap menyebabkan kerengsaan teruk membran mukus, kemerahan pada kulit, batuk, edema pulmonari dan narkosis. Pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, narkosis dan kegagalan pernafasan. Dalam keracunan kronik, pendedahan berulang kepada wap menyebabkan dermatitis dan konjunktivitis. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kerengsaan pulmonari dan edema. |
irritation | kerengsaan | Gerontologi | Tiada | Tindak balas beberapa tisu terhadap rangsangan luar. |
irritability | kerengsaan | Biologi | Fisiologi | Keupayaan untuk bergerak balas dengan cara yang tertentu terhadap perubahan persekitaran. |
irritability | keteriritasian/kerengsaan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
irritability | keteriritasian/kerengsaan | Perubatan | Tiada | Keupayaan asas semua organisma untuk menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan luar melalui aktiviti kompleks. |
irritability | keteriritasian/kerengsaan | Pertanian | Tiada | Tiada |
cysterethism | sisteretisme | Perubatan | Tiada | Kerengsaan pundi. |
lithonephritis | litonefritis | Perubatan | Tiada | Keradangan pada ginjal disebabkan kerengsaan batu karang. |
bronchitis | bronkitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi pada tiub bronkus akibat jangkitan atau kerengsaan salur pernafasan. |