Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerengsaan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dimethyl sulfate poisoningkeracunan dimetil sulfatKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada dimetil sulfat, iaitu sebatian yang digunakan dalam sintesis organik. Dos parah ialah 1 g - 5 g dan had pendedahan ialah 0.1 ppm. Sebatian ini adalah kaustik terhadap membrane mukus mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Punca kematian biasanya adalah akibat edema pulmonari. Tanda utama keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan ialah kerengsaan yang teramat. Kesan serta-merta akibat pendedahan kepada wap ialah kerengsaan dan eritellla mata yang seterusnya menyebabkan lakrimasi, blefarospasma, dan kemosis. Ini diikuti dengan batuk, suara garau, dan edema lidah, bibir, larinks, dan paru-paru. Jika teringes atau terkena membran mukus secara langsung, ia boleh menyebabkan hakisan sama seperti hakisan asid slilfurik. Penemuan yang paling ketara selepas penyerapan ialah edema pulmonari dan kerosakan hati dan buah pinggang. Dalam penemuan makmal, penentuan hematokrit mllngkin menunjukkan hemokepekatan. Hipoglisemia juga berlaku. Air kencing mungkin mengand
butadienebutadienaKimiaForensikHidrokarbon alkadiena dengan formula kimia, C4H6. Contohnya, 1,3-butadiena mempunyai had pendedahan 10 ppm dan boleh menyebabkan kerengsaan, kerosakan buah pinggang dan hati, kerosakan sumsum tulang, dan kesan pada sistem saraf pusat.
scabicideskabisidFarmasiFarmakologi1.Berkaitan dengan memusnahkan hama gatal, iaitu Sarcoptes scabiei. 2.Bahan atau drug yang mampu membunuh hama gatal, Sarcoptes scabiei.Drugjenisinidigtmabn secara topikal melalui sapuan pada tempat jangkitan dan disediakan berasaskan losyen atau krim. Kesemua drug dari kumpulan ini mempunyai potensi untuk menyebabkan kesan toksik dan kerengsaan pada kulit. Oleh itu, bahan ini perlu digunakan dengan berhati-hati khususnya semasa merawat kanak-kanak. Contoh skabisid ialah krotamiton dan lindana.
expectorantekspektoranFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan suatu bahan yang menggalakkan pengeluaran mukus atau cecair dari paru-paru, bronkus dan trakea. 2. Agen yang menggalakkan pengeluaran mukus dengan mengurangkan kepekatan rembesan pulmonari atau mengurangkan pelekatan cecair pada salur respiratori bawah. Ekspektoran merupakan salah satu drug daripada kumpulan mukokinetik dan bertujuan menggalakkan pengaliran mukus dariparu-paru. Ekspektoran bertindak dengan mengisyaratkan tubuh untuk meningkatkan amaun atau kelembapan rembesan, dan menghasilkan rembesan jernih berlebihan untuk bertindak sebagai pelincir di dalam salur pemafasan yang mengalami kerengsaan. Contoh ekspektoran ialah guaifenesin, kalium iodida dan asetilsistena.
phenacetin poisoningkeracunan fenasetinKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan fenasetin, iaitu ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Pengingesan kronik telah dikaitkan dengan kegagalan renal kronik. Dos keracunan akut ialah 0.5 g - 5 g, dos parah ialah lebih kurang 1 g/kg. Gejala keracunan kronik termasuk sakit abdomen, sakit kepala, sianosis, pening, anemia, lesu, kerengsaan dan insomnia. Antara gejala keracunan akut ialah perpeluhan, kerengsaan gastrik, seram sejuk dan tinitus, tekanan darah turun, sianosis, oliguria, jaundis, koma, kekejangan dan mati akibat kegagalan pernafasan.
carbon disulfide poisoningkeracunan karbon disulfidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvul
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
p-phenylenediamine poisoningkeracunan p-fenilenadiaminaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan p-fenilenadiamina (formula kimia, C6H8N2), iaitu bahan yang digunakan dalam pencelup. Bahan ini boleh menyebabkan metemoglobinimea, pemekaan, kerengsaan, kerosakan kornea, kerosakan buah pinggang dan hati, dan kesan pada sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Dermatitis yang terjadi dicirikan dengan kulit berair, berkuping, dan gatal. Had pendedahan ialah 0.1 mg/m3), dan LD50 ialah 100 mg/kg. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, hemolisis dan kerosakan buah pinggang, hati dan limpa.
phenobarbital poisoningkeracunan fenobarbitalKimiaForensikKeracunan akibat dos berlebihan fenobarbital, iaitu ubat barbiturat, antikekejangan dan penenang yang diberikan untuk merawat banyak penyakit kekejangan dan sebagai pil tidur yang aktif lama. Gejala awal keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan termasuk mengantuk, kecelaruan mental dan terhuyung-hayang diikuti koma dengan cepat. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuk kecelaruan mental, ataksia, pening, mengantuk, tekanan emosi, kerengsaan dan gangguan kelakuan yang lain. Dos terapeutik ialah 10 �g/mL /mL - 30 �g/mL /mL, dos toksik ialah 30 �g/mL - 40 �g/mL, dos maut ialah 50 �g/mL - 60 �g/mL dan dos parah anggaran ialah 1.5 g, dan kepekatan toksik ialah 100 �g/mL Tempoh setengah hayat ialah 2 - 6 hari.
chloral hydrate poisoningkeracunan kloral hidratKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloral hidrat, iaitu sedatif dan pengaruh tidur. Bahan ini boleh menyebabkan penyakit hati atau buah pinggang. Tanda utama keracunan ialah koma dan kadar pernafasan yang semakin perlahan. Dalam keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan, gejala awal ialah rasa mengantuk, kekeliruan mental diikuti dengan koma dengan pernafasan yang cetek, otot flaksid, hipotensi, sianosis, hipotermia atau hipertermia. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuklah ruam kulit, kekeliruan mental, ataksia, pening, mengantuk, kerengsaan dan perubahan tingkah laku yang lain. Dos maut mungkin serendah 30 mg/kg. Kepekatan terapeutik pula ialah 1.5 �g/mL - 15 �g/mL. Penemuan patologi termasuklah edema pulmonari, pneumonia dan edema serebrum.
12

Kembali ke atas