Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard hammertukul kerasKesenianTiadaTukul yang digunakan dalam kerja-kerja pertukangan yang berat.
hardboardpapan gentian kerasKesenianTiadaPapan daripada kertas dalam untuk kerja-kerja seni.
cast ironbesi tuangKesenianHiasan DalamanBesi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi.
cast ironbesi tuangKesenianHiasan DalamanBesi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi.
avodireavodireKesenianHiasan DalamanKayu keras berwarna kuning terang yang terdapat di Ivory Coast, Gold Coast di negara Liberia, Afrika Barat. Iranya yang jelas kelihatan menjadikan kayu ini sesuai untuk menghasilkan perabot kayu tropika, dinding panel atau untuk kegunaan kerja-kerja penyambungan yang halus. Kayu ini juga dikenali sebagai kayu mahogani perang, sangat bernilai dan cantik. Kayu ini mudah direka bentuk, sama ada menggunakan peralatan tangan atau mesin.
social loafingkemalasan sosialPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mencuri tulang atau kurang serius dalam pekerjaan apabila ramai yang terlibat melakukan perkara yang sama. Contohnya, individu akan bekerja keras jika prestasi kerja bergantung pada usahanya sendiri tetapi jika pencapaian kerja tersebut bergantung pada kerja berpasukan, maka ada kemungkinan ramai pekerja akan mengurangkan usaha mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin kurang berlaku atau tidak berlaku dalam pasukan sukan kerana prestasi mereka dilihat dari segi sumbangan setiap individu.
finger resttopangan jariPergigianTiadaPerihal meletakkan jari di sekitar kawasan kerja bertujuan menstabilkan tangan semasa pemotongan struktur gigi dengan hanpis. Tempat topangan jari sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan kerja dan bertopang atas struktur yang keras seperti gigi bersebelahan.
bebatubebatuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Chaetocarpus castanocarpus daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatan di Semenanjung termasuk membatu dan bedik, dan di Sabah termasuk kayu dusun atau dusun-dusun. Gubal kayu bebatu sukat dibezakan daripada teras kayu, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu bebatu digunakanuntuk membuat hulu peralatan, dan digunakan juga dalam kerja-kerja binaan sementara.
treenailpaku kayu/pin kayuAlam BinaTiadaPin kayu keras yang diketuk masuk ke dalam lubang pada sambungan- sambungan kerja kayu.
chiselpahatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada hulu dan bilah logam. Hulu pahat biasanya dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan balau, sementara bilah logam, dibuat daripada keluli yang terdiri daripada mata dan puting. Hulu pahat biasanya mempunyai temin yang dibuat daripada loyang atau besi untuk menahan hulunya daripada pecah. Pahat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan fungsinya, iaitu pahat umum, pahat peraut, dan pahat pelubang.
12345678

Kembali ke atas